Dirimu umpama mutiara =)

18 December, 2010 2 comments

 

"And tell the believing women to lower their gaze and be modest, 
and to display of their adornment only that which is apparent, 
and to draw their veils over their bosoms, 
and not to reveal their adornment save to their own husbands or 
fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, 
or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons,
or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, 
or children who know naught of women's nakedness.
And let them not stamp their feet 
so as to reveal what they hide of their adornment. 
And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed"

An-Nuur:31

 


								
Categories: al-HikmaH, Sweet ;)

Cemburu?

16 December, 2010 Leave a comment

Setelah berfikir, menimbang. Keputusan ini disepakati, dan akan disematkan dalam hati.

Nadiah~ usah cemburu,

usah cemburu pada mereka yang akan tamat ijazah,

usah cemburu pada mereka yang melangkah mengambil sarjana,

usah cemburu mereka yang berjaya menjejakkan kaki menimba ilmu di bumi anbiya’

usah cemburu!

 

Tapi…

Cemburulah, pada mereka yang bersungguh menuntut ilmu

Cemburulah pada mereka yang bersungguh menghabiskan waktu untuk agama Allah

Cemburulah pada mereka yang merasai ‘manisnya’ kepahitan dakwah ini

Cemburulah pada anak-anak muda yang mantap peribadinya

Cemburulah pada mereka yang diberi peluang bertemu dengan para Ulama’

Cemburulah!

 

Lalu, cemburu ini, pantaskah dibiarkan begitu?

Ooh tidak, duhai hati, jom bangkit!

Andai kau terus menghitung kekuranganmu,

bilakah akan kau bangkit?

bilakah nanti kau akan jaid hamba yang bersyukur?

Kekurangan ini, hakikatnya satu kelebihan.

Cari hikmahnya

Intai rahsianya

Moga kau temui ia~

 

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
"And when your Lord proclaimed: If ye give thanks, I will give you more; 
but if ye are thankless, lo! My punishment is dire"
-Surah Ibrahim:7-
Categories: Qalbii Yaquul

Buatmu~ratu hatiku

15 December, 2010 Leave a comment

Luahan hati ini dikarang khas buat bonda, ketika memenuhi tugasan bagi subjek ‘KEBUDAYAAN ISLAM’ sewaktu berada di tahun kedua dulu.

Di keheningan ufuk senja

Bertemankan angin bayu yang lembut menyapa

Aku terkenangkan si dia

Ratu hatiku, wanita yang terlalu banyak berjasa

Dia yang tidak pernah kenal erti kepenatan

 

 

Dia yang tidak pernah tahu erti penderitaan

Dia yang hidupnya disaluti seribu satu pengorbanan

Dia yang menjadikan insan tersayang

Sumber kebahagiaan dan ketenangan

 

 

Ratu hatiku,

Kini bila aku di sini jauh di rantauan

Baru aku rasai ikhlasnya pengorbananmu ibu

Baru aku fahami peritnya penderitaan yang dilaluimu

Baru aku ketahui ajaibnya kekuatan milikmu

Baru aku sedari, tiada apa yang mampu

menandingi kasih dan cintamu padaku

 

 

Doamu, restumu, redhamu duhati ratu hati

Tersirat padanya kekuatan

Umpama tulang belulang yang saling melengkapkan

Menjadi antara bekalan berharga

Kesejahteraan anakmu ini

 

 

Lalu ibu

Pada angin bayu yang lembut bertiup

Ku sampaikan salam rindu

Pada Allah yang Maha Mendengar ku kirimkan dia

Moga dirimu sentiasa dalam bahagia dan sejahtera

Hari ini, esok dan selamanya

 

 

Hanya itu yang aku mampu, duhai ibu

Kerna aku tiada pangkat, kedudukan dan harta

Sebagai pengganti tiap titisan peluh dan air mata

Namun janjiku padamu ibu

Walau tudak terlafaz di hadapanmu

akan aku jadi seorang hamba yang taat padaNya

akan aku jadi seorang insan berguna dan berjasa

Membuatmu tersenyum bangga

Meminpinmu nanti hingga ke syurga

 

 

Akhir kata buatmu Ibu,

terima kasih atas segala-galanya

Dan ketahuilah duhai ratu hatiku

Bahawasanya dengan setulus hatiku

‘Kakak sayang ibu’

****************************

 

Dan kini, ibu..kakak rindu menatap wajah ibu

mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari ibu

merasai hangatnya peluakan ibu

merasai barakahnya do’a ibu

Kakak rindu ibu…

 

*******************

Categories: Qalbii Yaquul

; Marah ;

28 September, 2010 2 comments

Satu hari datang seorang pemuda kepada Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah berikan aku nasihat. Rasulullah menjawab: Jangan kamu marah. Pemuda itu bertanya lagi: Apakah ada lagi nasihat yang lain? Rasulullah menjawab: Jangan Kamu marah. Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab: jangan kamu marah.


Categories: al-HikmaH

Setelah sekian lama…

26 September, 2010 Leave a comment

Dengan nama Allah kumulakan bicara,

Ku nukilkan kata, dari hati ini

moga sampai ia ke hatimu

moga ia tidak hanya tulisan kosong semata..


Moga ikhwah akhawat berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sihat iman, sihat jasad, ameen!

Terlalu lama menghilangkan diri, terlalu lama. Terakhir adalah pada 4 Ogos yang lalu, dan hari ini bertarikh 26 September.

Hampir dua bulan lamanya.

Bukannya niat di hati untuk menghilangkan diri, sepi, tanpa khabar berita.

Bukannya niat untuk tidak lagi berkongsi rasa, maklumat bersama.

Tidak, sekali-kali tidak.

Namun, kerana jiwa yang seringkali sesak sejak akhir-akhir ini. Kerana kerapuhan kalbu, makanya saya mengambil keputusan untuk tidak menukilkan apa-apa di sini.

Agar teratak ini tidak dipenuhi dengan warkah-warkah pilu.

Mencari kekuatan, di sebalik yang terjadi.

Mencari hikmah, di sebalik apa yang berlaku pada diri.

Sungguh, sejak awal tahun sehingga hari ini, saya rasa sungguh bertuah kerana dipilih Allah melalui perlbagai ujian,

agar saya belajar erti sebenar bergantung padaNya

agar saya sedar bahawa perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangka

agar saya tahu erti sebenar kekuatan dan kesabaran

agar saya mengerti, meyakini, bahawa di sebalik kesusahan itu, PASTI ada yang lebih baik yang Allah akan berikan

Belajar erti SYUKUR, kenal erti SABAR.

Selama ini, saya tahu- kekuatan itu tidak akan pernah kita rasai, melainkan jika ujian dan mehnah hidup telah dilalui.

Namun bila sendiri melalui, ooh. sungguh berat. Sangat berat!

Bukan semudah bibir menuturkan kata, Tidak semudah teori yang tertulis dalam buku-buku yang ada.

Paksa diri untuk kuat, paksa hati tahan cemburu. Paksa mulut untuk tidak mengeluh. Paksa jiwa untuk SABAR dan SYUKUR.

Namun, bila berada jauh sedikit dari semua ujian ini, keyakinan hadir bahawa Allah memberikan saya, apa yang saya perlu.

Dia memberikan saya, apa yang saya PERLU saat dan ketika ini.

Kalah dengan perasaan?

Ooh, itu tidak perlu cerita. Kadang bila berkongsi rasa dengan sahabat, hati seolah-olah pasti, semua ini telah mampu dihadapi.

Tapi…ada ketika, kalah!

Mujur~ saat jiwa rebah, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang banyak membantu. Bantu meniupkan semangat dan nasihat, agar diri ini kembali bangkit.

Jalan ini susah, kerana ini sunnah. Beginilah perjalanan seorang pejuang. Beginilah sunnah mereka yang menempuhi jalan menuju syurga. Ia tidak dipenuhi dengan keindahan semata-mata, namun dipenuhi duri-duri ujian yang mencabar.

Semuanya kerana, syurga itu manis. Lantaran itu, perlulah saya bersusah-susah dahulu sebelum yang manis itu berjaya dicapai.

Kan? =)

Penulisan hari ini, agak beremosi bunyinya. Mohon maaf ye.

Setiap ujian itu,

tanda kasih Allah pada kita.

Moga kata ini selari dengan keyakinan jiwa.

Mohon redhaNya.

Categories: Qalbii Yaquul
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.