Ukhuwwah ini~ moga Allah redha (:
بسم الله الرحمان الرحيم الحمد لله رب العالمين وأصلِّي وأسلم على حبيبنا وشفيعنا سيدنا محمد عليه أفضل الصلاة وأتم التسليم وعلى آله وأصحابه أجمعين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
^-^ *********************************************************************
Syukur, kerana Allah memberiku peluang, bertemu dengan mereka yang sudah lama tidak ku temui. Mereka, yang suatu ketika dahulu, pernah berada bersamaku, menuntut ilmu. Mereka yang ku rindui, mereka yang ku kasihi, sepenuh jiwaku (:
Khamis: 27 Mei 2010
Alhamdulillah, Allah izinkan saya bertemu dengan dua orang sahabat dari Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah; Jamilah & Hafizah (: Hampir setengah tahun lamanya, tidak ku temui mereka berdua (: Jamilah- kali terakhir adalah pada bulan disember yang lalu, kemudian beliau kembali ke Universiti Malaya (UM) bagi semester keduanya. Hafizah pula, kali terakhir adalah pada bulan Januari yang lalu, sewaktu saya keluar bersamanya dan teman kami, Rasyidah. Lepas tu, terus tidak bertemu muka, melainkan berbalas sms, bertegur sapa di MSN & FB, dan berbalas kata melalui telefon. (:
Lama tidak berjumpa ni, tentu banyak ceritanya. Banyak yang kami kongsikan bersama. Pengalaman peribadi, bertukar-tukar pendapat, mengimbau kenangan lama, bergelak ketawa- semuanya seolah-olah seperti suatu waktu dahulu. Rasanya seperti kami masih di satu sekolah yang sama. Sepetang bersama mereka, banyak yang saya raih dari pengalaman yang dikongsikan bersama. Bercerita, berkongsi sambil menikmati hidangan, ouh¬ ianya amat menggembirakan!¬ ^^
Buat Jamilah & Hafizah,
Syukran jazilan, wajazakumallahu khairal Jaza’. Tiada kata yang dapat dilafazkan bagi menggambarkan betapa ana gembira sangat-sangat berjumpa dengan antuma. Alhamdulillah, Allah izinkan ana bertemu mata dengan antuma, walau masing-masing sebenarnya sibuk dengan urusan dan tanggungjawab tersendiri. Pada ukhuwwah yang terbina ini, ana harap ianya tiada lain, melainkan kerana Allah ‘Azza waJalla, dan ianya tetap berdiri atas landasan iman, kerana patuh pada perintahNya, bermatlamat mencapai redhaNya. Moga-moga Allah izinkan kita bertemu lagi, dan walau kini kita tidak lagi selalu bertemu, moga kita tetap saling mendoakan, kerana doa itu pengubat rindu- penghubung kalbu…
Jumaat: 28 Mei 2010
Ini adalah di antara hari yang membahagiakan buat saya. Syukur kepada Allah, setelah membuat perancangan yang teliti bersama sahabat saya Mustafiyah, akhirnya anak-anak kota Singa yang menuntut di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sesi 2007-2009 berkumpul semula, setelah dengan rasminya selesai pengajian pada november lalu (: Sejak mula tercetusnya idea Reunion ini sewaktu keluar bersama dengan Mus pada 1 Mei yang lalu, kami berdua memang bersemangat! Pada mulanya, tak ramai yang respond. Ada yang terus senyap tanpa membalas sms, ada yang tidak mahu bersama-sama kami dalam aktiviti di pagi hari, macam-macam lagi ;p Namun, alhamdulillah, Allah permudahkan. Setelah dipujuk (Hee..credits to mus yang berjaya pujuk ^^) Alhamdulillah, kami berlapan- Saya, Mus, Zaf, Ain, Hakimah, Hasinah, Eyka, Yan, bertemu juga (: Thank You Allah ^^
AKTIVITI 1: CYCLING!! (:
Setelah berkumpul di stesen MRT Pasir Ris, kami memulakan aktiviti kami dengan berbasikal di sekitar Pasir Ris Park. (: Setelah memilih basikal masing-masing, kami pun memulakan kembara kami cey..kembara ;p Waktu berbasikal ni, ada pengalaman baru yang saya raih. Saya biasa berbasikal, namun saya tidak pernah menaiki basikal yang dua orang naik sekali tu. (Rujuk gambar di bawah) Mula-mula, saya konfiden saya boleh ;p Tetapi bila naik dan memulakan perjalanan~ Allah, menggeletar, dahlah Zafirah berada di belakang, dan saya di hadapan bertanggungjawab mengendalikan basikal tersebut. Yang saya bimbang, kalau saya tersilap langkah, kami berdua pasti terjatuh! Terhuyung hayang sana sini, tak boleh jalan laju. Kelakar!~ Tengah-tengah jalan pula, rantai basikal terjatuh, paddle basikal tu gerak sendiri~ macam-macamlah ;p baru naik setengah jam rasa mengah dah *-* Selepas saya, Eyka, Mus dan Hasinah juga dapat merasai pengalaman menaiki basikal berdua tu. Seronok mencuba pengalaman baru (:
Basikal yang boleh dinaiki dua orang sekali ^^
Pagi itu~ walaupun ramai orang di sekitar Pasir Ris Park (al-maklumlah, public holiday ^^) alhamdulillah, kami tetap juga menikmati keindahan ukhuwwah ini bersama. Yang sebenarnya- bagi saya dan saya yakin bagi semua juga apa yang penting adalah kebersamaan ini. Teruja saya melihat senyuman pada wajah semua, gelak ketawa, dan pentingnya, ikatan hati yang diperkukuhkan melalui kebersamaan ini, insyaAllah (:
Aktiviti II: POPEYE’S
Penat dah berbasikal selama dua jam- (dari 9.30 hingga 11.30) kami pun melangkah menuju ke Tampines, untuk menikmati makan tengahari bersama. Popeye’s @ Century Square di Tampines merupakan destinasi kami yang seterusnya.
Di sinilah teman kami Yan menyertai kami, memandangkan pada pagi hari beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan santai, sambil menikmti hidangan, saya gembira sangat. Kalau di pagi hari kami semua berbasikal dan bercerita ala kadar sahaja, tapi ketika ini ukhuwwah ini makin menyerlahkan keindahannya. Kami bertukar-tukar pengalaman, masing-masing saling update aktiviti terkini.
Terdetik di hati~ “Apakah nanti akan ada lagi peluang sebegini? Allahu ‘Alam” :S
Aktiviti III- Pesta Buku Islam 2010 @ Masjid Kassim
Selesai makan tengahari, Zafirah terpaksa pulang ke rumah, kerana beliau ada perancangan tersendiri bersama keluarga. Begitu juga dengan atikah yang keletihan (:
Lalu, kami berenam meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya, ke Pesta Buku Islam 2010 yang diadakan di Masjid Kassim. Awal-awal lagi, saya tidak membawa bersama duit yang banyak, memandangkan saya ini seorang yang tidak boleh melihat buku~ mesti nak beli! Saya juga telah menetapkan pada diri sendiri, mana-mana buku yang berjaya memikat hati saya, itu yang akan saya beli ;p Puas membelek buku bersama Mus dan kawan-kawan lain, saya telah membeli 3 buah buku sahaja. HANYA 3. ermm..tapi insyaAllah saya sedang menimbangkan kemungkinan untuk saya kembali semula, kerana ada beberapa buah buku yang sebenarnya te;lah membuat saya jatuh cinta pandang pertama ^-^ Sekarang ini perlu tolak tambah kali darab duit, untuk melihat sama ada saya boleh atau tidak membeli buku-buku tersebut (:
Ukhuwwah ini- Moga Allah Redha
Berkumpulnya kami berlapan pada Jumaat lalu, dari pagi hingga ke petang, sejujurnya membuatkan saya gembira. Dan harapannya moga mereka semua turut merasai kegembiraan, kebahagiaan yang saya rasa. Selepas ini, 4 dari kami- Zaf, Hasinah, Ain dan Hakimah- akan meneruskan pengajian mereka di Malaysia. Entah bila lagi kami akan diizinkan untuk berkumpul begini sekali lagi. Moga-moga Allah beri kami peluang itu sekali lagi, insyaAllah (:
Dengan teman-teman sekolej ni, hakikatnya saya pasti akan rindu. Mereka adalah insan-insan yang saya jumpa setiap hari. Hidup bersama, belajar bersama, pulang Singapura bersama, naik bas ke Kuantan bersama. Semuanya bersama. Masa dua setengah tahun itu adala satu tempoh masa yang, bagi saya, cukup untuk saya mengenali mereka. Cukup untuk membuahkan ukhuwwah yang bermakna. Moga Allah Redha.
Buat semua teman-teman sekolej yang saya kasihi~
Walau ke mana jua kita akan pergi selepas ini, walau apa pun bidang yang diceburi, walau nanti kita terpisah oleh benua, walau nanti kita tidak pasti apakah kita akan dapat berkumpul semua seperti dahulu, walau apa pun.. ingatlah, kita masih ada Allah untuk menyatukan hati-hati kita. Biar terpisah jasad, moga-moga hati kita tidak pernah terpisah. Doa- itulah penghubung hati-hati kita. Doa- itulah pengubat rindu hati-hati kita.
Redha Allah itu matlamat kita. Semoga kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita. Kita semua adalah srikandi-srikandi Islam yang diperlukan masyarakat, diperlukan ummah, untuk memperbaiki ummah ini, untuk membawa perubahan, untuk mendorong ummah ini ke arah yang lebih baik. Walau apa jua yang kita lakukan, moga-moga ianya memberi manfaat kepada diri, keluarga, dan ummah ini, InsyaAllah (:
Nad akan sentiasa doakan kalian, insyaAllah. Moga ukhuwwah ini, Allah kekalkan hingga ke akhir nafas dan bersambung semula di syurgaNya nanti insyaAllah. Kalau nad tersasar, tarik nad kembali k? Walau di mana Nad berada, selagi Allah izinkan, insyaAllah nad akan tetap ingat pada semua. Nad akan insyaAllah tetap mengenang kalian semua, sebagai teman yang pernah mewarnai hidup nad. Nad sayang semua (:
Oooh~ satu lagi, saya rindu anak-anak didik saya. Lagi sebulan baru boleh jumpe, semoga mereka tetap ceria, aktif, dan jadi anak-anak yang soleh/solehah insyaAllah (:












