Ukhuwwah ini~ moga Allah redha (:

بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين 
وأصلِّي وأسلم على حبيبنا وشفيعنا سيدنا محمد
عليه أفضل الصلاة وأتم التسليم
وعلى آله وأصحابه أجمعين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
^-^ 
*********************************************************************

Syukur, kerana Allah memberiku peluang, bertemu dengan mereka yang sudah lama tidak ku temui. Mereka, yang suatu ketika dahulu, pernah berada bersamaku, menuntut ilmu. Mereka yang ku rindui, mereka yang ku kasihi, sepenuh jiwaku (:

Khamis: 27 Mei 2010

Alhamdulillah, Allah izinkan saya bertemu dengan dua orang sahabat dari Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah; Jamilah & Hafizah (: Hampir setengah tahun lamanya, tidak ku temui mereka berdua (:  Jamilahkali terakhir adalah pada bulan disember yang lalu, kemudian beliau kembali ke Universiti Malaya (UM) bagi semester keduanya. Hafizah pula, kali terakhir adalah pada bulan Januari yang lalu, sewaktu saya keluar bersamanya dan teman kami, Rasyidah. Lepas tu, terus tidak bertemu muka, melainkan berbalas sms, bertegur sapa di MSN FB, dan berbalas kata melalui telefon. (:

Lama tidak berjumpa ni, tentu banyak ceritanya. Banyak yang kami kongsikan bersama. Pengalaman peribadi, bertukar-tukar pendapat, mengimbau kenangan lama, bergelak ketawa- semuanya seolah-olah seperti suatu waktu dahulu. Rasanya seperti kami masih di satu sekolah yang sama. Sepetang bersama mereka, banyak yang saya raih dari pengalaman yang dikongsikan bersama. Bercerita, berkongsi sambil menikmati hidangan, ouh¬ ianya amat menggembirakan!¬ ^^

Buat Jamilah & Hafizah,

Syukran jazilan, wajazakumallahu khairal Jaza’. Tiada kata yang dapat dilafazkan bagi menggambarkan betapa ana gembira sangat-sangat berjumpa dengan antuma. Alhamdulillah, Allah izinkan ana bertemu mata dengan antuma, walau masing-masing sebenarnya sibuk dengan urusan dan tanggungjawab tersendiri. Pada ukhuwwah yang terbina ini, ana harap ianya tiada lain, melainkan kerana Allah ‘Azza waJalla, dan ianya tetap berdiri atas landasan iman, kerana patuh pada perintahNya, bermatlamat mencapai redhaNya. Moga-moga Allah izinkan kita bertemu lagi, dan walau kini kita tidak lagi selalu bertemu, moga kita tetap saling mendoakan, kerana doa itu pengubat rindu- penghubung kalbu…

Jumaat: 28 Mei 2010

Ini adalah di antara hari yang membahagiakan buat saya. Syukur kepada Allah, setelah membuat perancangan yang teliti bersama sahabat saya Mustafiyah, akhirnya anak-anak kota Singa yang menuntut di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sesi  2007-2009 berkumpul semula, setelah dengan rasminya selesai pengajian pada november lalu (: Sejak mula tercetusnya idea Reunion ini sewaktu keluar bersama dengan Mus pada 1 Mei yang lalu, kami berdua memang bersemangat! Pada mulanya, tak ramai yang respond. Ada yang terus senyap tanpa membalas sms, ada yang tidak mahu bersama-sama kami dalam aktiviti di pagi hari, macam-macam lagi ;p Namun, alhamdulillah, Allah permudahkan. Setelah dipujuk (Hee..credits to mus yang berjaya pujuk ^^) Alhamdulillah, kami berlapan- Saya, Mus, Zaf, Ain, Hakimah, Hasinah, Eyka, Yan, bertemu juga (: Thank You Allah ^^

AKTIVITI 1: CYCLING!! (:

Setelah berkumpul di stesen MRT Pasir Ris, kami memulakan aktiviti kami dengan berbasikal di sekitar Pasir Ris Park. (: Setelah memilih basikal masing-masing, kami pun memulakan kembara kami cey..kembara ;p Waktu berbasikal ni, ada pengalaman baru yang saya raih. Saya biasa berbasikal, namun saya tidak pernah menaiki basikal yang dua orang naik sekali tu. (Rujuk gambar di bawah) Mula-mula, saya konfiden saya boleh ;p Tetapi bila naik dan memulakan perjalanan~ Allah, menggeletar, dahlah Zafirah berada di belakang, dan saya di hadapan bertanggungjawab mengendalikan basikal tersebut. Yang saya bimbang, kalau saya tersilap langkah, kami berdua pasti terjatuh! Terhuyung hayang sana sini, tak boleh jalan laju. Kelakar!~ Tengah-tengah jalan pula, rantai basikal terjatuh, paddle basikal tu gerak sendiri~ macam-macamlah ;p baru naik setengah jam rasa mengah dah *-* Selepas saya, Eyka, Mus dan Hasinah juga dapat merasai pengalaman menaiki basikal berdua tu. Seronok mencuba pengalaman baru (:

Basikal yang boleh dinaiki dua orang sekali ^^

Pagi itu~ walaupun ramai orang di sekitar Pasir Ris Park (al-maklumlah, public holiday ^^) alhamdulillah, kami tetap juga menikmati keindahan ukhuwwah ini bersama. Yang sebenarnya- bagi saya dan saya yakin bagi semua juga apa yang penting adalah kebersamaan ini. Teruja saya melihat senyuman pada wajah semua, gelak ketawa, dan pentingnya, ikatan hati yang diperkukuhkan melalui kebersamaan ini, insyaAllah (:

Aktiviti II: POPEYE’S

Penat dah berbasikal selama dua jam- (dari 9.30 hingga 11.30) kami pun melangkah menuju ke Tampines, untuk menikmati makan tengahari bersama. Popeye’s @ Century Square di Tampines merupakan destinasi kami yang seterusnya.

Di sinilah teman kami Yan menyertai kami, memandangkan pada pagi hari beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan santai, sambil menikmti hidangan, saya gembira sangat. Kalau di pagi hari kami semua berbasikal dan bercerita ala kadar sahaja, tapi ketika ini ukhuwwah ini makin menyerlahkan keindahannya. Kami bertukar-tukar pengalaman, masing-masing saling update aktiviti terkini.

Terdetik di hati~ Apakah nanti akan ada lagi peluang sebegini? Allahu ‘Alam” :S

Aktiviti III- Pesta Buku Islam 2010 @ Masjid Kassim

Selesai makan tengahari, Zafirah terpaksa pulang ke rumah, kerana beliau ada perancangan tersendiri bersama keluarga. Begitu juga dengan atikah yang keletihan (:

Lalu, kami berenam meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya, ke Pesta Buku Islam 2010 yang diadakan di Masjid Kassim. Awal-awal lagi, saya tidak membawa bersama duit yang banyak, memandangkan saya ini seorang yang tidak boleh melihat buku~ mesti nak beli! Saya juga telah menetapkan pada diri sendiri, mana-mana buku yang berjaya memikat hati saya, itu yang akan saya beli ;p Puas membelek buku bersama Mus dan kawan-kawan lain, saya telah membeli 3 buah buku sahaja. HANYA 3. ermm..tapi insyaAllah saya sedang menimbangkan kemungkinan untuk saya kembali semula, kerana ada beberapa buah buku yang sebenarnya te;lah membuat saya jatuh cinta pandang pertama ^-^ Sekarang ini perlu tolak tambah kali darab duit, untuk melihat sama ada saya boleh atau tidak membeli buku-buku tersebut (:

Ukhuwwah ini- Moga Allah Redha

Berkumpulnya kami berlapan pada Jumaat lalu, dari pagi hingga ke petang, sejujurnya membuatkan saya gembira. Dan harapannya moga mereka semua turut merasai kegembiraan, kebahagiaan yang saya rasa. Selepas ini, 4 dari kami- Zaf, Hasinah, Ain dan Hakimah- akan meneruskan pengajian mereka di Malaysia. Entah bila lagi kami akan diizinkan untuk berkumpul begini sekali lagi. Moga-moga Allah beri kami peluang itu sekali lagi, insyaAllah (:

Dengan teman-teman sekolej ni, hakikatnya saya pasti akan rindu. Mereka adalah insan-insan yang saya jumpa setiap hari. Hidup bersama, belajar bersama, pulang Singapura bersama, naik bas ke Kuantan bersama. Semuanya bersama. Masa dua setengah tahun itu adala satu tempoh masa yang, bagi saya, cukup untuk saya mengenali mereka. Cukup untuk membuahkan ukhuwwah yang bermakna. Moga Allah Redha.

Buat semua teman-teman sekolej yang saya kasihi~

Walau ke mana jua kita akan pergi selepas ini, walau apa pun bidang yang diceburi, walau nanti kita terpisah oleh benua, walau nanti kita tidak pasti apakah kita akan dapat berkumpul semua seperti dahulu, walau apa pun.. ingatlah, kita masih ada Allah untuk menyatukan hati-hati kita. Biar terpisah jasad, moga-moga hati kita tidak pernah terpisah. Doa- itulah penghubung hati-hati kita. Doa- itulah pengubat rindu hati-hati kita.


Redha Allah itu matlamat kita. Semoga kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita. Kita semua adalah srikandi-srikandi Islam yang diperlukan masyarakat, diperlukan ummah, untuk memperbaiki ummah ini, untuk membawa perubahan, untuk mendorong ummah ini ke arah yang lebih baik. Walau apa jua yang kita lakukan, moga-moga ianya memberi manfaat kepada diri, keluarga, dan ummah ini, InsyaAllah (:


Nad akan sentiasa doakan kalian, insyaAllah. Moga ukhuwwah ini, Allah kekalkan hingga ke akhir nafas dan bersambung semula di syurgaNya nanti insyaAllah. Kalau nad tersasar, tarik nad kembali k? Walau di mana Nad berada, selagi Allah izinkan, insyaAllah nad akan tetap ingat pada semua. Nad akan insyaAllah tetap mengenang kalian semua, sebagai teman yang pernah mewarnai hidup nad. Nad sayang semua (:

Oooh~ satu lagi, saya rindu anak-anak didik saya. Lagi sebulan baru boleh jumpe, semoga mereka tetap ceria, aktif, dan jadi anak-anak yang soleh/solehah insyaAllah (:

Advertisements

Terlerainya rinduku~ dengan izinNya

Bismillah pembuka bicara

Ku panjatkan doa sebagai hamba

Moga kesejahteraan menjadi milikku~ jua milik semua

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Bersyukur- itu yang saya rasakan ketika ini. Kerinduan yang sering bertamu di hati, alhamdulillah akhirnya terlerai jua, bila Allah memberikan keizinanNya, inayahNya, kerna akhirnya setelah 4 bulan lamanya, akhirnya saya dapat jua menjejakkan kaki, buat sekian kalinya, di medan ilmu itu– Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Tempat yang dirindui- kerana di sanalah tempatnya saya menimba ‘ibrah berharga

Mungkin ada teman yang tidak menyetujui kenyataan ini. Mungkin ramai yang merungut dengan kelemahan-kelemahan yang ada. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Namun, bagi saya- seperti yang selalu saya ucapkan- kolej ini, tempat saya menimba banyak pengalaman berharga. Tempat saya belajar erti kehidupan dengan pandangan berbeza, tempat saya menilai kehidupan ini dari sudut berbeza, tempat yang mematangkan saya, tempat yang saya menimba ilmu, belajar menjaga keberkatannya.

Bukan tiada tempat lain yang mengajar saya semua  ini. Namun di KIPSAS segalanya berbeza. Pertama kali berjauhan dengan keluarga, pertama kali menjalani hari-hari sendiri, pertama kali berada di sebuah tempat asing, bertatih, belajar, jatuh dan bangun dalam menimba ilmu, membina hubungan silaturrahim…sungguh, andai Allah tidak mengizinkan, andai Allah tidak membantu, andai Allah tidak menganugerahkanku nikmatNya- mungkin saya dah lama berhenti berusaha di pertengahan jalan fatrah dua setengah tahun itu, mungkin saya tidak akan menyelesaikan pengajian saya sehingga ke akhirnya, dan mungkin hari ini, saya tidak dapat menikmati indahnya perasaan- bila terimbau kembali kenangan sebagai penuntut ilmu di kolej itu.

Berkahnya ilmu, bila hormat pada guru

Ini adalah perkara yang sangat memberi kesan kepada saya, sepanjang tempoh saya berada di kolej. Membuka mata, memberi kesedaran pada saya, bahawa banyak mana pun ilmu yang kita ada, kalau tidak diniatkan kerana Allah, kerana memenuhi tuntutan Islam, kerana ingin menyumbang kepada jalan Allah, dan tidak kerana redha guru pada ilmu tersebut~ pasti  ilmu kita tiada berkahnya.

Terimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu, (waktu tu, tak matang lagi la (; ) bila ustaz atau ustazah memberi kerja rumah yang bertimbun, bila kita diberi projek yang siling berganti, bila tugasan ini tugasan itu diberi, dalam hati, memang rasa terbeban, rasa tak terlarat nak lakukannya, pelbagai rasa yang singgah. Namun, kerana kita menghormati guru, patuh pada insan yang mengajarkan kita, berkongsi ilmu dengan kita, kita lakukan juga.

Begitu juga, bila berada di kolej. Assignment yang silih berganti, dengan tanggungjawab itu dan ini, namun bila dikuatkan hati- bahawa segalanya ada hikmah tersembunyi, ada manfaatnya yang tersendiri,  segalanya diselesaikan jua, walau pelbagai kesukaran dihadapi. Terutamanya, apabila tugasan itu adalah amanah daripada pensyarah, apabila tugasan itu diberi pensyarah untuk menyelesaikannya.

Ternyata- mematuhi arahan yang diamanahkan pensyarah, guru atau apa-apa yang gelaran yang diberi bagi mereka yang memberikan ilmu, di situ letaknya sebahagian besar berkahnya.

Saya yakin akan perkara ini. Walau digelar ‘Anak murid kesayangan ustaz/ustazah’, walau sering disinggahi ungkapan ‘yelah- nadiah kan ustaz/ustazah sayang’ dan 1001 macam lagi anggapan yang hadir, saya tidak ambil peduli. Walau pada mulanya, saya terasa, tersinggung, namun lama kelamaan, saya berdiri atas prinsip, bahawa apa yang saya lakukan, bukannya untuk meminta markah lebih bila peperiksaan tiba, bukannya meminta mereka menutup mata andai ada kesalahan yang saya lakukan, bukan untuk mendapat pelbagai gelaran di sisi mereka- semuanya kerana, saya hormat mereka seperti saya menghormati ibu ayah saya sendiri, saya jaga hati mereka sebagaimana saya menjaga hati ibu ayah saya. Yang penting bagi saya, hati mereka tidak saya calarkan- sehingga menyebabkan mereka tidak meredhai ilmu yang mereka beri pada saya.

Pesanan ikhlas daripada saya…

Saya yakin, bagi seorang guru, pendidik, mereka tidak menilai anda semata-mata dengan keputusan anda ketika peperiksaan berakhir, mereka tidak menilai anda daripada markah yang tinggi, namun mereka menilai anda, dengan akhlak anda, dengan perilaku anda, dengan cara anda bermu’amalah dengan guru-guru anda. Ya, markah ujian dan peperiksaan juga penting, namun natijah itu tidak sepenting usaha. Kerana kesungguhan anda, itu yang lebih utama. Pelihara hubungan anda dengan guru, pelihara nilai ilmu tersebut, insyaAllah, ada berkah pada ilmu yang ada padamu.

Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu dan kemahiran

Ini adalah satu lagi perkara yang sering menginsafkan saya. Bila ada ilmu, ada kemahiran- jangan sesekali kita lokek untuk berkongsi. JANGAN SESEKALI. Dengan memberi, kita tidak kekurangan apa-apa, malah sebenarnya dalam masa yang sama, kita sedang meningkatkan kefahaman kita, meningkatkan kemahiran kita, membantu kawan-kawan kita, memenuhi hajat mereka. Hidup ini kan- saling perlu saling lengkap melengkapkan. Kerana setiap daripada kita, dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Kerana itu tiada manusia yang sempurna, perlu saling melengkapkan, kan?

Umpama dinding yang berdiri tegak~ tanpa batu bata, tanpa simen, tanpa cat yang berwarna indah, tanpa bahan-bahan sampingan yang diperlukan~ ia tidak akan teguh berdiri, sepertimana yang kita nampak ia hari ini.

Yang terakhirnya, dedikasi khas daripada saya

Cukup dah saya berkongsi pendapat saya, dan buat akhirnya, dedikasi ini saya tujukan khas untuk mereka yang menceriakan hidup saya, sepanjang kehadiran saya di bumi KIPSAS tercinta.

Buat ustaz ustazah yang dicintai..

Ustazah Aisyah~ syukran jazilan kerana sudi mengizinkan nadiah & adik tumpang berteduh di rumah ustazah selama tempoh 3 hari berada di KIPSAS, mengizinkan kami menggunakan peralatan rumah ustazah, guna bilik tidur, seterika, api air, mesin basuh~ banyak lagi la, hehe, belanja kami makan, hantar kami ke terminal, syukran jazilan ustazah, jazakumullah khairal jaza’~ jumpa lagi bulan 6 ni ye, biidznillah!~ (:

Ustazah Azlina~ Syukran jazilan, atas nasihat & perbincangan ringkas yang cukup bermakna di pejabat ustazah tempoh hari. Rindu duduk bersembang, berkongsi pendapat dengan ustazah terlerai juga akhirnya! Asifah tak beritahu ana nak datang, memang saja je buat kejutan, ‘ala kulli hal, syukran jazilan ‘ala ad-du’a wa an-nasaaih minkum! (:

Ustazah Norillah~ Asifah ustazah, kerana selalu mengganggu ustazah, duduk saje dalam bilik ustazah (: Syukran, kerana belanja kami satay yang sedap tu (: , belanja kami makan, beri keizinan pada kami untuk duduk pejabat ustazah, membaca bahan-bahan bacaan yang ada. Turut jua menghantar kami ke terminal, bekalkan kami roti lagi, syukran ustazah, nadiah & adik pasti akan rindu ustazah! (: apa-apa tentang mukhayyam nanti, ustazah contact je, insyaAllah ana bantu mana yang mampu (:

Ustazah Norahida~ Kerinduan padamu terlerai jua akhirnya. Terima kasih ustazah (: mengganggu ustazah waktu ustazah ada kerja, asifah! tapi seronok sangat, dapat bebual, berkongsi dengan ustazah~ terasa seperti ana masih lagi bergelar siswi kipsas (: syukran jazilan ustazah~ untuk sarapan pagi, dan menghantar juga ana & adik ke terminal. Nak nangis dah waktu nak naik bas~ tapi tahan air mata! ni pun rindu dah ni.. (:

Ustazah Nurizan~ Gembira sangat melihat ustazah tersenyum gembira degan kehadiran saya. Teruja bila melihat riak terkejut ustazah (: alhamdulillah, ana bahagia sangat dapat melihat senyuman ustazah, walaupun dapat bebual dengan ustazah sekejap je, terlerai rindu. InsyaAllah ada umur kita berjumpa lagi (:

Ustaz Hanif & Ustaz Shupian~ Bertemu dengan dua ustaz ini, saya tidak pernah kering gusi. Syukran ustaz, atas doa yang diiringkan buat ana, asifah ye, kalau ada kata & gurauan yang menyinggung perasaan, Syukran ustaz! 😉

Aisyah madehah~ Sahabat, terima kasih. Walau lama tidak bersua muka, namun bila bersama, terasa seperti suatu waktu dahulu, ketika kita berkongsi banyak perkara. Terima kasih (: Untuk final ni, ma’attaufiq wannajah wama’a nasrillah, k? study smart~ insyaAllah moga kejayaan yang cemerlang menjadi milikmu! (: Tentang masalah yang awak hadapi, saya doakan moga segalanya selesai dengan segera, insyaAllah~ jangan ulang kesilapan & kekurangan saya dahulu, k? 😉

Teman-teman & adik-adik Jabatan  serta Persatuan Pelajar Bahasa Arab & Tamadun Islam~ Bangkit k? Cukup-cukuplah tu tidur lena, masa untuk bangun daripada mimpi lena dah tiba. Ingat, yang penting perubahan pada diri, dan tiada apa yang mengubah diri antum, andai antum tidak mahu memulakan perubahan tersebut. Usaha, ikhtiar, iringi jua ia dengan doa, kerana Allah jua yang Berkuasa memberi hidayah kepada manusia, mengubah hati manusia. Pelihara akhlak diri, ingat~ hormati ustaz/ustazah, jaga hati mereka, jangan sampai hati mereka tercalar, jangan sampai redha mereka akan ilmu yang diberi terhijab hanya kerana kelakuan antum! Ana doakan semoga berjaya semuanya insyaAllah! (:

Warga KIPSAS, yang sempat ana temui, dan yang tidak sempat~ ‘ala kulli hal,ana mengharapkan yang terbaik buat semua. Andai ana tidak sempat menemui kalian, ana minta maaf sangat-sangat, kerana bukan ana tidak mahu berjumpa, namun masa amat mencemburui kita. Bagi teman-teman yang ada terdengar kehadiran ana, tapi tak sempat nak bertemu mata, ana minta maaf sangat! apa pun..ana tetap merindui kalian, jaga diri elok-elok, ada kesempatan lain, insyaAllah bertemu eh (:

Ehemm..rasanya, dah terlalu banyak berceloteh untuk nukilan kali ini. Hingga di lain kesempatan. Allah Hafiz! (:

Cerita si burung (:

Bismillah walhamdulillah…

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera, insyaAllah~ sihat iman, sihat badan, biizniHi (=

Hari ini..insyaAllah, saya akan berkongsi tentang makhluk Allah bernama ‘burung’~

Rasulullah s.a.w bersabda:-

Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya”

Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih

Melihat, merenung, mencari ‘ibrah…

Kita semua mesti perasan kan~ burung adalah makhluk Allah yang keluar di pagi hari, pulang kala senja. Keluar di pagi hari dalam keadaan kosong perutnya, keluar- terbang tinggi membelah langit, mencari rezeki, berbekalkan tawakkal kepada Allah, diiringi keyakinan bahawa rezeki baginya ada pada hari itu. Pabila senja tiba, burung-burung ini akan pulang ke sarang masing-masing, dan esoknya rutin kehidupan berjalan seperti biasa.

Kisah menarik tentang burung dalam kehidupan saya sekeluarga…

Luar rumah saya sebenarnya dipenuhi dengan pokok-pokok. Ayah dan ibu minat sangat dengan pokok, jadi~ sepanjang ruang luar rumah kami, ada banyak pokok yang menghijau, =)

Selama menetap di rumah ini selama lebih kurang 16 tahun (kalau tak silap saya la ^^), berkali-kali sebenarnya, ada burung (selalunya jenis burung pericit madu-  yang badannya warna kuning, paruhnya agak panjang, dan mempunyai suara ‘cit-cit’ yang nyaring dan merdu ;D ) yang menumpang di celah-celah pokok ini untuk membuat sarang. Sarang burung ini, digunakan untuk melindungi telur-telur burung yang belum menetas, menjadi rumah mereka~ sebelum nanti telur-telur itu menetas, dan anak-anak burung ini pandai terbang tinggi! (“,)

Dan baru-baru ini, burung pericit buat lagi sarang di luar rumah kami! Saya dan ahli keluarga yang lain, amat teruja! (: Kadang-kadang..terganggu juga. bila ayah burung, ibu burung dan 2 anaknya riang berkicauan~ almaklumlah, 2 ekor anak burung baru belajar terbang. Seronok tengok gelagat mereka…Teruja, insaf..melihat betapa seekor burung pun, berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk terbang tinggi, tanpa kenal putus asa. Walaupun, menurut cerita ibu dan adik, anak burung ini tadi jatuh atas lantai, lepas tu hampir-hampir jatuh ke bawah tingkat satu (rumah saya kan tingkat 13 😉 ), sebab hampir tak dapat imbang badan.

Sedangkan burung tak kenal putus asa- berusaha, apa lagi kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?

Yang sebenarnya..saya kagum dengan burung ni. Bermula dengan persediaan mereka menyediakan sarang untuk anak-anak mereka, ( sarang ni..masyaAllah, mula-mula sedikit, lama-lama baru siap), sehingga telur-telur itu menetas, kemudian menunggu anak-anak ini sendiri besar sedikit, seterusnya mengajar anak-anak mereka terbang..dan.. Off we go~ fly high in the sky! (“,)

Nampak pokok tinggi mencecah siling tu? awal-awal dulu, burung pericit ni buat sarangnya di atas sana... (:

Nampak kan..ada baki sarang burung kat situ? (:

Satu hari..Jumaat yang lepas, sarang burung itu terjatuh di sudut ini...

Masa sarang tu jatuh, saya, ibu dan adik, tiada seorang pun yang berani angkat, *hee*, tapi alhamdulillah~ jiran kami angkatkan, dan sangkutkan di sana tu.. ^^

Anak burung..comel kan? (:

Tadi ayah check burung-burung ni ada lagi tak kat sarang, sedih la pulak, dah tiada lagi. Mungkin dah pandai terbang jauh kot~ berhijrah ke tempat lain.. 😀

Apa-apa pun, semoga anak-anak burung ni terbang membelah awan biru dengan selamat dan jayanya. Harapnya kami sekeluarga jadi tuan rumah yang baik ye..burung-burung (: Semoga berjumpa lagi… 😉

Setelah sekian lama menyepi.. =)

Bismillah pembuka bicara..

moga kesejahteraan milik semua,

jua selawat dan dalam buat Rasul Junjungan, serta ahli keluarga Baginda

Coretan ini…

Khas untuk ustazah Norahida & Mustafiyah..yang bertanye..bila nadiah nak update blog? hee 😉

*Coretan kali ini teramatlah panjang, selamat membaca ye ;)*

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat insyaAllah, sihat iman, sihat badan, BiidzniHi =) Lama dah tidak berbicara apa-apa di sini. Bukannya saya tiada apa-apa untuk diluahkan, bukan juga kerana nak hibernate dan tidak mahu berkongsi apa-apa, tapi, menunggu masa dan ketikanya je agar saya boleh mencoretkan kata di sini, dalam keadaan tenang, dengan harapan moga-moga diri ini dan semua yang sudi membaca (hee..macam ramai je bunyi :p) ¬ dapat mengamil ‘ibrah di sebalik kisah-kisah hidup yang saya kongsikan bersama, insyaAllah.

Jadi, sepanjang tempoh saya berdiam diri..apa yang telah saya lalui, ye?

Semestinya banyak yang telah berlaku, pelbagai peristiwa..yang hakikatnya, mematangkan saya sebagai khalifah di muka bumi Allah ini..

Tentang kerja..

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya amat menuyukai dan menikmati setiap hari yang dilalui. Tugas sebagai seorang tutor, teacher atau apa-apa sahaja istilah yang wujud di dunia ini¬ yang menggambarkan tugas sebagai guru, bukanlah satu tugas yang mudah. Setuju? Bagi saya, Tugas sebagai guru ni sebenarnya bukan hanya terbatas kepada mengajar…tapi sebagai seorang muslim yang bekerja dalam profession pendidikan ini, tugas ini seharusnya dimanfaatkan untuk mendidik murid-muridnya, jua sebagai medium untuk berdakwah.

Mendidik dan Berdakwah?

Ya, mendidik dan berdakwah.

Bila kita menganggap kita ini sebagai pendidik, kita tidak akan hanya bergantung kepada silibus sebagai bahan ketika mengajar, kita juga tidak akan hanya mempunyai misi untuk habiskan silibus mengikut masa yang telah ditetapkan, atau kita tidak hanya akan berfikiran ‘apa yang penting, kerja saya selesai, dan cukup bulan, gaji masuk’.

TETAPI.. sebagai pendidik, di samping mengikut silibis yang ada..kita juga secara hikmah akan menyerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa-jiwa mereka yang kita kongsikan ilmu bersama mereka. Pada setiap mata pelajaran, kita ajak mereka menilai ‘ibrah di sebalik satu-satu peristiwa. Kita ajak mereka menilai kepentingan ilmu tersebut, supaya kita umat Islam boleh berdiri sendiri, berdikari, tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Kita selitkan untaian hikmah sebagai renungan buat mereka. Perlahan-lahan, InsyaAllah, kita tidak hanya berperanan sebagai guru..tetapi juga sebagai pendidik. Dan secara tidak langsung¬ perlahan-lahan, secara hikmah kita boleh mengajak mereka melakukan kebaikan..dan memberi penerangan kepada mereka, pada apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Khalifah Muslim di dunia ini.

Mudah untuk berkata..sebab nadiah ajar anak-anak kecil. Tapi tak kiralah, besar atau kecil.. ianya tetap susah untuk dilaksanakan, betul tak? Saya pun sedang berusaha..Ya Allah..moga saya tidak hanya berkata, dan berangan-angan kosong, moga saya tidak tergolong di kalangan mereka yang hanya bercakap tapi tidak melakukannya.. Na’uzubillah..

Berbalik pada kerja saya…alhamdulillah, setakat ini pada hari-hari biasa, setiap pagi, paling lewat dalam 7.30 pagi, saya mesti  keluar rumah. Tuition bermula pukul 8 pagi, dan berakhir pada pukul 10. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat, saya mengajar di Sengkang East Way, adik darjah 4 seorang, dan adik darjah 5 seorang. Hari Selasa dan Khamis pula, saya berkongsi ilmu di Buangkok Crescent, adik darjah 4 seorang. Tuition hari-hari untuk adik-adik kecil ini, bagi saya  sangat menyeronokkan. Di samping berkongsi ilmu, saya dapat juga refresh ilmu lughah saya, dapat belajar uslub-uslub baru, mufradat baru, & macam-macam lagi. Memang menjadi satu kepuasan..dapat mengajar mereka, dan gembira bila nampak mereka mula memahami dan menguasai satu-satu tajuk yang diajar, dibincangkan dan diulang-ulang =)

Hari sabtu pula..hari ni la hari mengajar yang paling mencabar! saya membantu teman saya mengajar KIDS A.L.I.V.E di Masjid Kampung Siglap, mengajar anak-anak kecil dan comel, berumur sekitar 4 hingga 5 tahun. Itu satu perkara, satu perkara lagi, saya mengajar dalam Bahasa Inggeris! hehe, tapi..mereka ni comel, sangat-sangat comel. Terasa berat amanah yang perlu dipikul, menjadi sebahagian agen yang membantu mencorakkan mereka. Walaupun hanya bertemu tiga jam setiap minggu, namun dengan masa yang terhad, saya berazam untuk melakukan yang terbaik, sekurang-kurangnya memberi yang terbaik untuk dimanfaatkan mereka, InsyaAllah..Allahumma Ameen!

Tentang ‘Kerinduan saya yang tidak pernah padam pada bumi KIPSAS’

Bagi mereka yang sering membaca luahan hati saya di sini- mesti jemu dah kan..hehe, tapi malangnya, saya tidak pernah jemu untuk mengatakan, bahawa saya amat merindui murabbi-murabbi dan teman-teman seperjuangan saya di sana. Dan baru-baru ini..alhamdulillah, Allah beri saya peluang melepaskan rindu, walaupun dengan hanya mendengar suara ibu-ibu saya di sana! 🙂

Saya dapat bebual panjang dengan Ketua Jabatan merangkap musyrifah bagi tesis saya, Ustazah Azlina. Lebih menggembirakan, dengan hanya menelefon Ustazah Norillah, saya dapat jua berbicara dengan Ustazah Norahida, Ustazah Nurizan, dan Ustazah Aeshah! =) Perbualan yang cukup panjang..namun sebenarnya, saya tak puas lagi berbicara dengan mereka, tapi tidak mengapa, moga Allah permudahkan perancangan saya untuk ke sana dalam masa terdekat ni, Allahumma Ameen 🙂

Itu tentang ibu-ibu saya. Alhamdulillah juga..saya berpeluang berjumpa dengan teman-teman senegara saya, merangkap kakak-kakak saya =p sewaktu menuntut ilmu di KIPSAS. hee, satu hari berjalan dengan Zafirah dan Mustafiyah Selasa minggu lalu, tak cukup lama rasanya, tapi yelah..dari pagi hingga ke petang¬ letih! 🙂 Namun, ia adalah hari yang menyeronokkan, Buat Zaf & Mus.. terima kasih atas ukhuwwah ini. Semoga Allah memberkatinya, inSyaAllah! Nanti ada masa, kita jumpa lagi eh. =) Jangan lupa k.. kalau ada dinner untuk convo t, pakai baju tu 😉

Tentang permohonan universiti saya..

Alhamdulillah, semalam borang permohonan saya, bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selamat dihantar semalam. Sejujurnya, ke USIM adalah menjadi keutamaan, kerana saya teringin sangat mendalami Bahasa Arab dan Komunikasi. Namun, tiada siapa tahu apa yang telah ditetapkan untuk diri ini, mana tahu sebenarnya tempat saya bukan di sana? 🙂

Sejujurnya, sejak hari pertama merasmikan urusan permohonan ke sana, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh. Bermula dengan sijil yang pada awalnya disangka perlu diterjemahkan, dengan kedutaan Malaysia yang hanya berurusan pada pagi hari, transkrip keputusan diploma saya yang tiada cop ‘salinan disahkan’, dengan menjadi tetamu terhormat kedutaan – 6 kali ziarah o_O – dan yang terakhir, borang permohonan yang tidak dipos melalui pos laju~ tetapi hanya sekadar registered melalui pos udara.. والله, saya amat yakin bahawa Allah sedang menguji ketahanan saya, dan teman saya, Zafirah.

Sewaktu dihadapi ujian..dua kali sebenarnya saya kalah dengan air mata. Namun, saya cepat menyedari bahawa, semua ini tidak lain, hanyalah kerana Allah sayang saya. Bersusah-susah dahulu, insyaAllah akan tersedia kesenangannya kemudian hari. Sepatah kata adik: Ilmu kalau jalan untuk mendapatkannya susah, insyaAllah ada barakah!

Lalu saya mula bangkit..walau sesekali rebah jua. Saya kembali memujuk diri, supaya bertawakkal, berserah dengan penuh pengharapan kepada Allah. Urusan saya sebagai hamba~ bagi permohonan universiti ini~ telah saya uruskan sedaya upaya saya, telah saya berikan yang terbaik. Tinggal kini~ doa, dan tawakkal! Sekarang, saya hanya perlu redha, dengan apa jua yang akan terjadi. InsyaAllah, saya yakin, Allah telah menyediakan yang terbaik buat saya, sebagai hambaNya. He Knows best! surely! =)

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ ولاَ حوْلَ ولا قوّةَ إلاَّ بِاللهِ العلِيِّ العظِيمٍ

رَبِّ يَسِّرْ ولاَ تُعَسِّرْ فَإِنَّ تَيْسِيرَ كُلَّ عَسِير علَيْكَ يَسِير

***************************************************************************************************

🙂 Rasanya..dah terlalu panjang saya mencoretkan kata. Minta maaf ye, melepaskan rindu dengan menulis panjang-panjang tanpa henti pula. ‘Ala kulli hal, semoga sedikit sebanyak, ada manfaatnya. Semoga coretan rasa yang dikongsi, dapat diambil ‘ibrah, InsyaAllah. Sehingga di lain kesempatan! =)

وداعاً 🙂

Dua setengah tahun, telah berlalu…

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah, pagi tadi jam 4.45 pagi, saya dan keluarga selamat tiba di rumah, setelah lebih kurang 7 jam perjalanan pulang dari Kuantan. Kesedihan, masih berbaki..dan kerinduan dah mula bertamu di hati.

Nukilan hati….

Meniti hari-hari terakhir di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi. Perasaannya berbelah bagi. Rasa bahagia~ kerana akhirnya, dua tahun setengah tahun telah berlalu, namun kesedihan sebenarnya lebih dirasai. Sewaktu melangkahkan kaki keluar dari dewan peperiksaan, rasa lega sangat.. Dan sewaktu menyusuri jalan pulang ke asrama, terasa, betapa dua setengah tahun, sebenarnya bukanlah jangka waktu yang panjang sangat, namun ia berlalu, secepat berlalunya waktu.

Dua setengah tahun yang lalu…

Waktu itu, saya harus memilih satu keputusan yang agak ‘berat’ dalam hidup saya. Sambung pre-u, atau mencari kelainan- ke luar negara. Kala itu, waktu sedang mencar-cari, Allah temukan dengan website KIPSAS, seterusnya mempertemukan saya dengan orang-orang yang bertenggungjawab mempromosikan KIPSAS serta dari beberapa IPT lain. Kala itu, yang hanya ada dalam fikiran- apply je..kalau ada rezeki, adalah’. Dan walaupun mendapat tawaran lain, seperti tawaran dari IKIP dan MARSAH (pada saat-saat akhir)..KIPSAS juga telah dipilih sebagai destinasi saya menyambung pengajian.

Di KIPSAS

Di sini..saya belajar banyak, malah terlalu banyak pengalaman berharga yang dapat saya kutip, pegang kejap, dan jadikan ia sebagai satu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi daripada mana-mana buku teks. Kerana itu, KIPSAS akan sentiasa di hati. Walaupun ada serba serbi kekurangan, tapi di sinilah saya belajar mengenal diri saya..saya belajar menjadi ‘seseorang’.

Di sini saya belajar erti berdikari..jauh daripada keluarga, sendiri

Di sini saya belajar- uruskan diri sendiri, uruskan perancangan belajar

Di sini saya belajar..menyerahkan urusan sepuenuhnya..dengan penuh tawakkal dan ta’abbudan lillah, hanya kepadaNya

Di sini saya merangkak dan bertatih belajar menjadi seorang ahli persatuan yang komited- seorang setiausaha dengan ‘kesetiannya’ dalam memberi khidmat, dan seorang ketua dengan slogan ‘itthad quwwah’ nya yang cuba sedaya upaya menggerakkan diri, menggerakkan orang lain.

Di sini, saya belajar bermu’amalah dengan orang lain- yang mempunyai 1001 macam ragam dan perangai, kerana kita semua manusia, diciptakan dengan kekurangan dan kelebihan untuk saling melengkapkan.

Di sini saya belajar- ada kalanya kita tidak boleh bergantung kepada kawan, dan ada kalanya kita tidak boleh anggap orang lain ada sama cara pemikiran seperti kita. Begitu juga, saya belajar mengenali manusia yang pelbagai ragam, yang setiap satunya ada persepsi mereka tentang persahabatan.

Di sini saya belajar..menolak tepi perasaan hati sendiri, kerana perlu menjaga hati-hati mereka yang agak ‘fragile’.

Di sini saya belajar meyakini..berkat ilmu itu amat penting, dan hati guru itu amatlah perlu untuk dijaga dan dipelihara. Rapat dengan guru- bukan bererti anak murid kesayangan. Selalu berjumpa pensyarah di pejabat beliau juga bukan tiket untuk mendapat ‘A’ pada subjek yang beliau ajarkan, begitu juga memberi khidmat dan pertolongan dari apa-apa sahaja yang diminta, bukan dengan hadaf untuk mendapat apa-apa balasan yang berbentuk material.

Paling menyedihkan meninggalkan KOLEJ ini adalah meninggalkan pensyarah sebenarnya. Saya cukup sebak tatkala saya menggenggam tngan ustazah-ustazah saya buat kali terakhir. Bila saya peluk je mereka- air mata terus bercucuran. Saya sayangkan mereka, dan saya terharu sangat-sangat, bila mereka mendoakan saya, dan menharapkan hanya yang terbaik bagi saya.

‘Kalau ada kesempatan- insyaAllah berjumpa lagi’

‘jangan lupa e-mail perkembangan’

‘cepatlah sambung belajar- boleh kerja di sini’

‘kami rasa kehilangan sangat..nadiah tiada nanti’

 

Kolej ini meninggalkan 1001 kenangan manis dan pahit buat saya.

Kolej ini adalah tempat permulaan saya.

Kolej ini- di sebaliknya ada cerita tentang saya.

Kolej ini- pernah menyaksikan kehadiran saya

Kolej ini- tetap akan tersemat di hati- walau jauh dari pandangan mata.

Hamdan lillah ‘ala kulli hal 😉

Ya Allah..selesainya pengajianku di sini, bukanlah akhir bagi segalanya. Aku masih lagi memegang amanah dariMu- menjadi Tholibatul ‘Ilm yang mencari ilmuMu dan memberi kepada orang lain. Ya Allah- buat mereka yang telah mendidikku- sabar mentarbiyahku, rahmatilah hidup mereka Ya Allah, kurniakanlah mereka kesejahteraan, sentiasa di bawah kasih sayangMu Ya Rabb. Ukhuuwwah antara aku dan para pensyarah dan teman-teman, kau redhakanlah ia, dan jadikan jarak antara kami- penguat ukhuwwah yang telah dipateri. Ameen..

Nukilan hati BintHaron
01:04 Pagi
14 November 2009.

 

Inilah dia… :)

Bismillahirrahmanirrahim.. 🙂 Alhamdulillah, setakat ni, tiga maaddah telah berlalu, tinggal 3 lagi, yang terdekatnya esok- Pembangunan Islam di Malaysia, InsyaAllah..saya setakat ni untuk Pengajian al-Hadith, Tamadun dan Nahu:  tiga maaddah ni ‘Bayna-bayna’– nak kata susah sangat..tidak, nak kata mudah- jua tidak. ‘Selepas berusaha-maka bertawakkallah :)’

Nak kongsi sebenarnya ni… ^-^

Alhamdulillah..sykur sangat pada Allah, Dia permudahkan urusan saya dalam semua perkara, Alhamdulillah- Tesis saya, telah siap dijilid-alhamdulillah!

kenangan@kipsas

Inilah dia- tesis saya..

1 untuk Ustaz Ainuddin- Penyelia kertas projek: Sekolah Pengajian Islam

1 untuk Ustazah Azlina- Musyrifah saya

dan 1 lagi adalah  untuk saya =)

Alhamdulillah…segala puji bagi Allah, kerana Dia terus menerus memberikan saya kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk saya selesaikan segalanya. Buat ibu-ayah-adik, yang tidak pernah putus memberikan kata semangat dan kiriman doa, buat sahabat tercinta Nurulhuda yang meniupkan kata-kata mujahadah, tatakala diri hampir berputus asa. Buat ustazah Azlina, yang banyak membantu, membetulkan ayat-ayat saya yang sering memeningkan, dan turut memberikan pandangan yang bernas dalam meneyelesaikan kertas projek ini… TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA SAYA UCAPKAN 🙂 Juga buat Ustazah Aeshah dan Mustafiyah yang turut membantu- Syukran Jazilan =)”

Ya…setelah saya puas menangis, setelah saya hampir berputus harap, setelah saya amat memarahi diri saya kerana tidak mengambil serius, setelah saya frust awal-awal dulu kerana Madrasah **** tidak ingin memeberikan kerjasama..setelah, setelah, dan setelah..namun Allah hadirkan semua ‘rasa’ ini, kerana Dia ingin mengajar saya erti kebahgiaan yang sebenar, Allah memberi saya kekeuatan, dengan ujian-ujian sebegini yang perlu saya lalui, Allah hadirkan kesenangan, setelah semua kepayahan itu ditempuhi. Terima Kasih Ya Allah :)”

Di sebalik rasa gembira..ada terselit duka, sebenarnya.

Jadi sabtu yang lalu adalah kali terakhir saya, Mustafiyah dan Ustazah Aeshah keluar bersama. Malam sebelumnya, upon request, Ustazah telah sudi memasak untuk kami Nasi Tomyam dan Ayam Madu. Sedap! Tapi saya sedih..saya pilu, dengan ustazah saya rasa amat rapat. Kami selalu ikut beliau ke ceramah, ke rumah mak-mak angkat beliau, ke sini dan ke sana..selalunya kami akan ‘mengekor’, hehe..walaupun ada kata-kata yang tidak sedap didengar.. “Yelah-korang kan anak murid kesayangan ustazah..” Tapi mulut orang memang selamnya tidak akan boleh ditutup, jadi biarlah. Ukhuwwah dan ikatan hati antara kami, kami yang rasa, kami yang tahu. Dan walau bagaimanapun.. SYUKRAN JAZILAN USTAZAH..JAZAKUMULLAH! NADIAH SAYANG USTAZAH TAW..K =)

Menghitung hari-hari terakhir di bumi KIPSAS 😦

Alhamdulillah, Saya gembira! ^-^

Bismillah walhamdulillah..

 

G-E-M-B-I-R-A…

Ya, Alhamdulillah..kegembiraan bagi setiap kepayahan yang dilalui, kesenangan yang hadir selepas kesukaran yang hadir, kebahagiaan kerana berada di sisi mereka yang disayangi, cukup menggembirakan, cukup membahagiakan =)

 

1. Perkembangan Tesis

Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah! Atas ihsan Allah, kasih SayangNya, inayahNya, rahmahNya..tesis saya kini berada di farsa kedua terakhir. Dalam masa terdekat ni, hari ni insyaAllah, saya akan merelung tesis saya (Binding), dan insyaAllah dalam minggu ini juga saya akan menjilidnya. Doakan semua =)

 

Syukur- itulah sebaik-baik kalam bagi seorang hamba, yang diberi nikmat yang cukup banyak, bukti kasihNya. Menyiapkan tesis ini banyak menemukan saya dengan hikmah-hikmah serta keajaiban yang berlaku pada diri sendiri. Buat semua- terima kasih banyak-banyak, atasa kata-kata sokongan, juga doa untuk saya, Syukran! =)

 

2. Ukhuwwah yang dasarnya kerana Allah, InsyaAllah..

Saya tidak pernah mengenali mereka, ketika saya berada di bumi Singapura, tapi bumi KIPSAS mempertemukan kami. Sembilan pelajar Singapura, dari 3 buah madrasah berbeza, berjumpa di sini, di bumi KIPSAS ini sebagai pelajar-pelajar luar negara. Countrymates yang terbaik- itulah mereka. Kami mungkin tidak serapat mana, Tetapi apa-apa masalah, malah apa-apa sahaja, Kami boleh berkongsi bersama.

 

Yan-Ain-Eyka-Huda : Coursemate saya di Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Banyak yang telah kita kongsi bersama. Buat kerja sama-sama, buat assignments, tesis, banyak lagi lah 🙂

 

Mus: Teman saya yang bersama-sama menemai ustazah Aisyah, bila perlu..ikut pergi ceramah, jalan, jogging, jalan raya, ziarah rumah mak angkat..dan sebagainya, heh ^-^

 

Hasinah: Teman yang saya suka sakat dia, memanggil dia “Kak Hasinah” :p

 

Zafirah: Teman saya berkongsi banyak cerita. Dengan dia- apa sahaja boleh diluahkan da dikongsi bersama =o_O=

 

Hakeemah: Satu-satunya pelajar dari Singapura yang mengambil jurusan Perniagaan. Dia cekal, kuat semangat, cemerlang dalam bidang yang diambil. Kami jarang berjumpa, jarang berbicara, tapi dia tetap istimewa =)

 

Untuk teman-teman sengeara saya..

Walaupun selepas ini, kita mungkin tidak akan menyambung pengajian di universiti yang sama, walaupun selepas ini kita mengkin jarang berjumpa..tapi ketahuilah,

“Nadiah sayang semua kawan-kawan senegara

Dan Nad doakan semoga kita semua berjaya, jadi insan berguna,  walau di mana jua kita berada- insyaAllah.

Terima kasih semua..atas ukhuwwah yang dihulurkan

Atas tiap tawa yang dikongsi bersama

Atas tiap kesedihan, masalah yang dihadapi bersama

Atas segala-galanya..

SATU LAGI…terima kasih atas kenangan terindah sabtu lepas. 25-10-2009: Tarikh yang Nad akan ingat insyaAllah =)”

 

*Gmbr tak boleh upload lah pulak..sorry ^-^*