Allahumma, Hancurkanlah mereka!

سلام الله تعالى عليكم

Feeling hopeless.

Hati hancur, jiwa lulur. Tidak tahu nak berkata apa. Terus berdoa, terus berdoa.

Konvoi Lifeline 4 Gaza yang membawa misi kemanusiaan, membawa bekalan bantuan untuk saudara-saudara kita di Gaza, namun diserang Yahudi Zionis- dengan alasan, mereka yang menyertai konvoi itu telah MEMULAKAN serangan terlebih dahulu. Putar belitkan fakta, kaburkan media. Itu KEGEMARAN mereka.

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-media-cmt-ll4g-1/
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Terus kirimkan doa. Tunaikan solat hajat. Beserta Qunut Nazilah. Terus doakan mereka.

Hakikatnya, mereka saudara kita, mereka saudara kita. Kita dengan mereka yang sedang dalam misi murni ini saudara kita. Mereka yang berada di Gaza itu saudara kita. Saudara seagama, seakidah, dihubungkan atas keimanan.

اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك
 ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك
 ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد،
 نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق،
 اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengannya, dan kami bertawakkal kepada MU, dan kami menyanjung kepada MU dnegan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap orang kuffar. Ya Allah azablah orang kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu.” (Riwayat al-Baihaqi, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa’. Al-Albani berkata : “Riwayat ini daripada ‘Umar dalam qunut subuh. Dan yang zahirnya beliau qunut Nazilah (dalam solat subuh), sepertimana yang nyata dari doanya kepada orang kufar.)


Moga usaha kita yang sedikit, dikiraNya sebagai usaha kita membantu saudara kita di sana.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Berakhirnya Agenda ZIONIS

kbazw2

BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
http://www.iluvislam.com
mzabms (pembina.com.my)
azzahra_solehah

Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul:

Apakah itu agenda zionis?
Benarkah agenda zionis telah berakhir?
Bagaimanakah ia berakhir?
Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu?

Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tema “Berakhirnya Agenda Zionis” sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri.

Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati.

Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya. Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”.

Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru.

Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya.

Benarkah zionis telah hampir berjaya?

Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.

Mengembalikan Izzah Umat Perbicaraan isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia.

Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam.

Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan.

Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila “bercakapnya pokok-pokok dan batu-batu”. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini.

Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan.

Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas. Mencabar Zionis di Medan Mereka Mencanangkan “Berakhirnya Agenda Zionis” merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda.

Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel.

Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi. Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan.

Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja diperbesar-besarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel.

Agenda Zionis akan berakhir! Cahaya di Hujung Terowong Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula, Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita.

Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.

Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ”Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab” menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman.

Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya. Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.

Inilah Jihad Kita Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam.

Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka.

Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.

Jihad kita baru sahaja bermula! Ayuh bersama-sama dalam jihad ini!

konvensyen berakhirnya agenda zionis ~menjawab persoalan anda tentang zionis~ konvensyen besar-besaran dan julung2 kalinya diadakan di malaysia anjuran AMAN PALESTIN dan PEMBINA..dianggarkan lebih 3000 peserta akan hadir..

Tarikh:9 mei 2009(sabtu)

Tempat:dataran merdeka PWTC masa :8pg hgga 5 ptg

Yuran:rm10 makanan dan cenderamata disediakan..

Ahli Panel: 1)DR AZZAM TAMIMI (aktivis politik,ahli akademik PALESTIN dan direktor institut
prmikiran politik islan(IIIT)di london)
2)DR MOHSEN SALLEH (pengarah Al-Zaytouna Cebtre For Studies & consultations di
Beirut,profesor sejarah kontemporari dan arab moden)
3)DR ROSLAN MOHD NOR (pensyarah kanan UM dan lulusan bidang kajian jerusalem-
Islam,mendapat ijazah kedoktoran di Scotland.satu-satunya rakyat malaysia yg
menkaji tentang jerusalem hgga ke peringkat PHD)

Pendaftaran: taip KBAZ<jarak>nama penuh<jarak>no. ic dan hantar ke 019-6077372

seluruh rakyat malaysia dijemput hadir ke konvensyen ini..

telefon:03-89267019
faksimili:03-89259963
emeil:KBAZ2009@YAHOO.COM
MAKLUMAT LANJUT:http://www.kbaz.net