Kursus Ramadhan 2009

=Tujuan kursus supaya semua peserta menjadi orang yang bertaqwa.

Objektif kursus ialah:
Di akhir setiap sesi semua peserta boleh:
a) membaca 30 juz Al Quran.
b) menyempurnakan rokaat terawih beserta witir setiap malam
c) mengalami sepanjang siang hari di bawah pengawasan Fasilitator Maha Agung.
d) patuh dengan kadar segera arahan Fasilitator (melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka).
e) mendapat hadiah istemewa “Lailatul Qadar”

1. Sila berdaftar sekarang di dalam hati untuk menyertainya penuh sepanjang kursus dijalankan.2. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah Allah. Anda boleh rujuk CV fasilitator ini di dalam “Asma’ ulhusna”.

3. Bayaran adalah percuma, boleh bawa wang sendiri untuk dimasukkan dalam tabung berbuka puasa. Tidak digalakkan membazir membeli makanan di bazaar ramadhan. Makan dan minum disediakan di surau dan di masjid.

4. Silabus adalah Al Quran, satu malam satu juz. Mesti habiskan membaca 30 juz sebagai syarat pencapaian kursus.

5. Tempat kursus boleh di rumah masing-masing dan aktiviti malam di masjid atau surau yang terdekat.

6. Aturcara kursus setiap hari:
0500 – Bangun solat witir
0515 – Sahur
0545 – Ke Surau
0600 – Solat Subuh Berjamaah
0700- Aktiviti Bebas
1930 – Berbuka (opsyenal di rumah / surau / masjid)
2045 – Isya’ berjamaah
2100 – Solat terawih
2300 – Baca 1 Juz Al Quran (di rumah/ surau/ masjid)
2400 – Tidur

7. Penilaian kursus:
7.1 Markah tertinggi diberikan kepada peserta yang berjaya a) melambat-lambatkan sahur, b) mencepatkan berbuka, c) menjaga mulut, mata dan telinga daripada perkara yang bukan di dalam silibus ramadhan, d) solat terawih penuh rokaat dengan witirnya sekali e) tiada makanan yang membazir. dan f) banyak mengeluarkan wang bersedekah kepada yang memerlukan.

8. Majlis Penyampaian Sijil

Majlis pencapaian sijil kejayaan anda mengikuti kursus ini akan di adakan di masjid-masjid pada sepuluh malam terakhir. Sila hadir pada malam2 ini sambil beriktikaf. Tetamu Kehormat yang akan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya ialah Malaikat Jibril beserta hadiah hamper “Lailatul Qadr”.

9. Peralatan yang anda perlu sediakan

a) Niat untuk menjadi taqwa
b) Sebuah Al Quran dgn terjemahan
c) Jam berloceng (alarm)
d) Duit untuk bersedekah (ikut kemampuan)
e) Tempahan surau terdekat atau masjid untuk majlis penyampaian sijil anda.

Sekian, cepat berdaftar kerana tempat terhad kepada orang-orang yang beriman sahaja.
sumber: http://mahligaikasih.multiply.com/journal/item/90

6374_101695879844786_100000131220563_48190_905628_n

” (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir “.
(QS: Qaaf : 17/18)
—————————————
“Dan senantiasa seorang hamba mendekat kepada-Ku dengan amalan Sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR Bukhari)
—————————————
“Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan (urusan) ku kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada ilah selain Engkau.” (HR Abu Daud dgn sanad yg sohih)
====================

~Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat =)~

Advertisements

Diganti dengan yang lebih baik, InsyaAllah..

01 Ramadhan 2009

Alhamdulillah…hari pertama Ramadhan telah saya lalui, dan moga-moga semua amalan pada siang tadi diterima hendakNya =)

Cuma malam ini..saya agak kesedihan sedikit, telefon yang baru berada di sisiku hampir 8 bulan..kini tiada lagi. Allah tarik nikmat itu dalam sekelip mata. Sesungguhnya Dia Maha berkuasa, Dia ingin sedarkan saya mungkin, bahawa nikmat dunia ini hanya sementara..tarbiyah di bulan Ramadhan.

T700_prod_topic_mediaspace_img

Syukur..Allah sayang saya, dan Allah mungkin nak gantikan sesuatu yang lebih baik daripada itu..Ya Allah, jadikanalah saya hamba yang bersyukur, jadikanlah saya hamba yang redha, jadikanlah saya insan yang rendah diri, terima segala Qada’ dan QadarMu ya Rabbal ‘Alamin 🙂

Dan baru je sebentar tadi, pintu pula terkunci dari dalam, terima kasih kepada seorang junior kerana sanggup membantu kami, menghulurkan bantuan untuk membuka pintu daripada dalam 🙂

Kenangan 1 Ramdhan 1430 H, pastinya akan meninggalkan kenangan manis dalam memori! pasti!

~Ramadhan Kareem!~

Ramadhan Kareem :D

Bisimillah walhamdulillah

30 SYAABAN 1430H

Alhamdulillah…syukur padaNya atas segala kenikmatan yang Dia hadirkan buat diri ini serta semua yang berada di sekeliling. Selawat dan salam kepada Rasulullah serta ahli keluarga Baginda.

Kesyukuran sebagai pembuka bicara.

Walau di dalam kesibukan..walau di dalam kesempitan, kepayahan, kesesakan, semua itu adalah nikmatNya jua 😀

Lumrah hidup…

Kita selalu minta Allah beri kita kekuatan, tapi Dia hadirkan pada kita ujian dan cabaran, jadi kita akan merasai kekuatan itu, bila kita berjaya menghadapai dugaan itu.

Kita selalu minta Allah kesenangan, tapi Dia hadirkan kita kepayahan, agar kita mensyukuri kenikmatan setelah kesusahan

Kita selalu minta Allah beri kejayaan, tapi jalan menuju kejayaan itu akan diiringi kegagalan dan dugaan, supaya kita meletakkan kesyukuran sebagai tanda terima kasih kita kepadaNya atas kejayaan yang diberikan.

=) Saje je berkongsi rasa…

ramadhan
Malam ramadhan yang pertama telah pun tiba. Terawih yang pertama juga telah dilaksanakan, Alhamdulillah. Harapan hati,

1. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik sepanjang 19 tahun saya hidup

2. Semoga Ramadhan ini menjadi ‘turning point’ bagi saya- untuk ubah yang baik menjadi yang lebih baik, dan yang tidak menjadi yang baik

3. Semoga Ramadhan kali ini, saya mampu mendidik nafsu saya- kurang mengharap pada dunia, lebih tumpu kepada akhirat

4. Semoga hadirnya Ramadhan tahun ini, saya mampu menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada, merebut titisan-titisan pahala yang berlipat ganda, kala semua pintu syurga dibuka, semua pintu neraka ditutp, dan semua syaithan itu dibelenggu.

5. Semoga ibadah saya lebih khusyuk, semoga saya dapat berterawih pada setiap malam selagi saya mampu.

6. Semoga saya dapat bertadarus dengan kawan-kawan, dan insyaAllah Berjaya mengkhatamkan 30 juzuk

7. Semoga saya rajinkan diri saya bangun malam

8. Semoga saya bertemu dengan lailatul Qadar…malam yang telah dijanjikan, lebih baik dari 1000 bulan.

Dan semua pengharapan ini..saya dahulukan dengan doa, moga-moga Allah memberikan saya kekuatan untuk berperang dengan nafsu sendiri, moga-moga Allah membantu saya mendidik jiwa agar jadi insan yang lebih baik, setelah mendapat didikan dan tarbiyah khas di madrasah Ramadhan tahun ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alamiin

Juga..semoga kita semua diberiNya hidayah, kekuatan, pertolongan, untuk melakukan ibadah ini dengan sepenuh penghayatan, InsyaAllah 🙂

Buat ayah, ibu dan adik..

Ramadhan Kareem 🙂 Akak mohon ampun atas semua kesalahan akak, mohon dihalalkan semua makan minum akak, mohon dihulurkan doa- akak kuat di sini, puasa tanpa ayah, ibu dan adik selama 26 hari di KIPSAS ni =) jumpa nanti pagi 27 Ramadhan insyaAllah. Buat adik, JIa You! Periksa waktu Ramadhan ini insyaAllah dikira Jihad! Allahu Akbar! =)

Buat sahabat tersayang, Nurulhuda Sulaimun..

pengalaman pertama berpuasa di rantauan, jauh dari yang tersayang, jangan diiringi dengan tangisan, k. Ambil ia sebaga cara Allah tarbiyah kita memperolehi kekuatan. Semoga pengalaman baru ini diambil manfaat sepenuhnya, menjadi kenangan yang tiada nilaiannya  Kita rindu awak!

Buat semua yang mengenali diri ini.. sama-sama lah kita berdoa, semoga madrasah Ramadhan yang akan kita tempuhi beberapa jam lagi, mendapat keredhaan Allah, redup di bawah inayahNya, segalaNya keranaNya. Ameen! Ramadhan Al-Mubarak! =)

=)

~Nadiah binte Haron~
Malam 01 Ramadhan 1430H
Blok Sakinah
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah