Dirimu umpama mutiara =)

 

"And tell the believing women to lower their gaze and be modest, 
and to display of their adornment only that which is apparent, 
and to draw their veils over their bosoms, 
and not to reveal their adornment save to their own husbands or 
fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, 
or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons,
or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, 
or children who know naught of women's nakedness.
And let them not stamp their feet 
so as to reveal what they hide of their adornment. 
And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed"

An-Nuur:31

 


			

Motivasi: Bukan semua yang kita nak, kita dapat.

Artikel ini ditulis oleh saudara Hilal Ssyraf, di laman web beliau:

http://ms.langitilahi.com/motivasi-bukan-semua-yang-kita-nak-kita-dapat/#more-2784

______________________________________________________________________

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.

Hakikatnya itulah lumrah.

Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.

Tetapi Allah mengetahui.

“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.

Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.

Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.

“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.

Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.

Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.

Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.

Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.

Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.

“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya keterikatan dengan Allah SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.

Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.

Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah.

Senyumlah (:

 تبسم
فإن لله
ما أشقاك إلا ليسعدك 
وما أخذ منك إلا ليعطيك 
وما أبكاك إلا ليضحكك 
وما حرمك إلا ليتفضل عليك 
وما ابتلاك .. إلا لأنه يحبك


Senyumlah

Kerana sesungguhnya Allah

Tidak memberimu kesusahan, melainkan untuk menggembirakanmu

Tidak mengambil dari kamu, melainkan untuk memberimu (yang lebih baik)

Tidak membuatmu mengalirkan air mata, melainkan untuk membuatmu tertawa

Tidak mengharamkanmu sesuatu, melainkan untuk mengurniakanmu kemuliaan

Tidak mengujimu melainkan kerana DIA SAYANG KAMU  

*CrEdItS tO HaFiZaH fOr ThE e-MaIl WhIcH MaDe Me SmIlE =)*

Kekuatan sebenar

“Apabila kita membina hati kita, kekuatan yang sebenar itu akan datang.”

“Kekuatan 313 orang yang menewaskan 1000 orang, kekuatan 1000 orang yang menandingi kekuatan 3000 orang. Kekuatan 3000 orang yang menandingi 10,000 orang”

“Itu adalah angka-angka pejuang Islam dan tentera kaum musyrikin dalam pertempuran Badar, Uhud dan Khandaq”

~Hilal Asyraf. 2000. VT. Petaling Jaya, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. M/s: 84.~

Terlerainya rinduku~ dengan izinNya

Bismillah pembuka bicara

Ku panjatkan doa sebagai hamba

Moga kesejahteraan menjadi milikku~ jua milik semua

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Bersyukur- itu yang saya rasakan ketika ini. Kerinduan yang sering bertamu di hati, alhamdulillah akhirnya terlerai jua, bila Allah memberikan keizinanNya, inayahNya, kerna akhirnya setelah 4 bulan lamanya, akhirnya saya dapat jua menjejakkan kaki, buat sekian kalinya, di medan ilmu itu– Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Tempat yang dirindui- kerana di sanalah tempatnya saya menimba ‘ibrah berharga

Mungkin ada teman yang tidak menyetujui kenyataan ini. Mungkin ramai yang merungut dengan kelemahan-kelemahan yang ada. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Namun, bagi saya- seperti yang selalu saya ucapkan- kolej ini, tempat saya menimba banyak pengalaman berharga. Tempat saya belajar erti kehidupan dengan pandangan berbeza, tempat saya menilai kehidupan ini dari sudut berbeza, tempat yang mematangkan saya, tempat yang saya menimba ilmu, belajar menjaga keberkatannya.

Bukan tiada tempat lain yang mengajar saya semua  ini. Namun di KIPSAS segalanya berbeza. Pertama kali berjauhan dengan keluarga, pertama kali menjalani hari-hari sendiri, pertama kali berada di sebuah tempat asing, bertatih, belajar, jatuh dan bangun dalam menimba ilmu, membina hubungan silaturrahim…sungguh, andai Allah tidak mengizinkan, andai Allah tidak membantu, andai Allah tidak menganugerahkanku nikmatNya- mungkin saya dah lama berhenti berusaha di pertengahan jalan fatrah dua setengah tahun itu, mungkin saya tidak akan menyelesaikan pengajian saya sehingga ke akhirnya, dan mungkin hari ini, saya tidak dapat menikmati indahnya perasaan- bila terimbau kembali kenangan sebagai penuntut ilmu di kolej itu.

Berkahnya ilmu, bila hormat pada guru

Ini adalah perkara yang sangat memberi kesan kepada saya, sepanjang tempoh saya berada di kolej. Membuka mata, memberi kesedaran pada saya, bahawa banyak mana pun ilmu yang kita ada, kalau tidak diniatkan kerana Allah, kerana memenuhi tuntutan Islam, kerana ingin menyumbang kepada jalan Allah, dan tidak kerana redha guru pada ilmu tersebut~ pasti  ilmu kita tiada berkahnya.

Terimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu, (waktu tu, tak matang lagi la (; ) bila ustaz atau ustazah memberi kerja rumah yang bertimbun, bila kita diberi projek yang siling berganti, bila tugasan ini tugasan itu diberi, dalam hati, memang rasa terbeban, rasa tak terlarat nak lakukannya, pelbagai rasa yang singgah. Namun, kerana kita menghormati guru, patuh pada insan yang mengajarkan kita, berkongsi ilmu dengan kita, kita lakukan juga.

Begitu juga, bila berada di kolej. Assignment yang silih berganti, dengan tanggungjawab itu dan ini, namun bila dikuatkan hati- bahawa segalanya ada hikmah tersembunyi, ada manfaatnya yang tersendiri,  segalanya diselesaikan jua, walau pelbagai kesukaran dihadapi. Terutamanya, apabila tugasan itu adalah amanah daripada pensyarah, apabila tugasan itu diberi pensyarah untuk menyelesaikannya.

Ternyata- mematuhi arahan yang diamanahkan pensyarah, guru atau apa-apa yang gelaran yang diberi bagi mereka yang memberikan ilmu, di situ letaknya sebahagian besar berkahnya.

Saya yakin akan perkara ini. Walau digelar ‘Anak murid kesayangan ustaz/ustazah’, walau sering disinggahi ungkapan ‘yelah- nadiah kan ustaz/ustazah sayang’ dan 1001 macam lagi anggapan yang hadir, saya tidak ambil peduli. Walau pada mulanya, saya terasa, tersinggung, namun lama kelamaan, saya berdiri atas prinsip, bahawa apa yang saya lakukan, bukannya untuk meminta markah lebih bila peperiksaan tiba, bukannya meminta mereka menutup mata andai ada kesalahan yang saya lakukan, bukan untuk mendapat pelbagai gelaran di sisi mereka- semuanya kerana, saya hormat mereka seperti saya menghormati ibu ayah saya sendiri, saya jaga hati mereka sebagaimana saya menjaga hati ibu ayah saya. Yang penting bagi saya, hati mereka tidak saya calarkan- sehingga menyebabkan mereka tidak meredhai ilmu yang mereka beri pada saya.

Pesanan ikhlas daripada saya…

Saya yakin, bagi seorang guru, pendidik, mereka tidak menilai anda semata-mata dengan keputusan anda ketika peperiksaan berakhir, mereka tidak menilai anda daripada markah yang tinggi, namun mereka menilai anda, dengan akhlak anda, dengan perilaku anda, dengan cara anda bermu’amalah dengan guru-guru anda. Ya, markah ujian dan peperiksaan juga penting, namun natijah itu tidak sepenting usaha. Kerana kesungguhan anda, itu yang lebih utama. Pelihara hubungan anda dengan guru, pelihara nilai ilmu tersebut, insyaAllah, ada berkah pada ilmu yang ada padamu.

Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu dan kemahiran

Ini adalah satu lagi perkara yang sering menginsafkan saya. Bila ada ilmu, ada kemahiran- jangan sesekali kita lokek untuk berkongsi. JANGAN SESEKALI. Dengan memberi, kita tidak kekurangan apa-apa, malah sebenarnya dalam masa yang sama, kita sedang meningkatkan kefahaman kita, meningkatkan kemahiran kita, membantu kawan-kawan kita, memenuhi hajat mereka. Hidup ini kan- saling perlu saling lengkap melengkapkan. Kerana setiap daripada kita, dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Kerana itu tiada manusia yang sempurna, perlu saling melengkapkan, kan?

Umpama dinding yang berdiri tegak~ tanpa batu bata, tanpa simen, tanpa cat yang berwarna indah, tanpa bahan-bahan sampingan yang diperlukan~ ia tidak akan teguh berdiri, sepertimana yang kita nampak ia hari ini.

Yang terakhirnya, dedikasi khas daripada saya

Cukup dah saya berkongsi pendapat saya, dan buat akhirnya, dedikasi ini saya tujukan khas untuk mereka yang menceriakan hidup saya, sepanjang kehadiran saya di bumi KIPSAS tercinta.

Buat ustaz ustazah yang dicintai..

Ustazah Aisyah~ syukran jazilan kerana sudi mengizinkan nadiah & adik tumpang berteduh di rumah ustazah selama tempoh 3 hari berada di KIPSAS, mengizinkan kami menggunakan peralatan rumah ustazah, guna bilik tidur, seterika, api air, mesin basuh~ banyak lagi la, hehe, belanja kami makan, hantar kami ke terminal, syukran jazilan ustazah, jazakumullah khairal jaza’~ jumpa lagi bulan 6 ni ye, biidznillah!~ (:

Ustazah Azlina~ Syukran jazilan, atas nasihat & perbincangan ringkas yang cukup bermakna di pejabat ustazah tempoh hari. Rindu duduk bersembang, berkongsi pendapat dengan ustazah terlerai juga akhirnya! Asifah tak beritahu ana nak datang, memang saja je buat kejutan, ‘ala kulli hal, syukran jazilan ‘ala ad-du’a wa an-nasaaih minkum! (:

Ustazah Norillah~ Asifah ustazah, kerana selalu mengganggu ustazah, duduk saje dalam bilik ustazah (: Syukran, kerana belanja kami satay yang sedap tu (: , belanja kami makan, beri keizinan pada kami untuk duduk pejabat ustazah, membaca bahan-bahan bacaan yang ada. Turut jua menghantar kami ke terminal, bekalkan kami roti lagi, syukran ustazah, nadiah & adik pasti akan rindu ustazah! (: apa-apa tentang mukhayyam nanti, ustazah contact je, insyaAllah ana bantu mana yang mampu (:

Ustazah Norahida~ Kerinduan padamu terlerai jua akhirnya. Terima kasih ustazah (: mengganggu ustazah waktu ustazah ada kerja, asifah! tapi seronok sangat, dapat bebual, berkongsi dengan ustazah~ terasa seperti ana masih lagi bergelar siswi kipsas (: syukran jazilan ustazah~ untuk sarapan pagi, dan menghantar juga ana & adik ke terminal. Nak nangis dah waktu nak naik bas~ tapi tahan air mata! ni pun rindu dah ni.. (:

Ustazah Nurizan~ Gembira sangat melihat ustazah tersenyum gembira degan kehadiran saya. Teruja bila melihat riak terkejut ustazah (: alhamdulillah, ana bahagia sangat dapat melihat senyuman ustazah, walaupun dapat bebual dengan ustazah sekejap je, terlerai rindu. InsyaAllah ada umur kita berjumpa lagi (:

Ustaz Hanif & Ustaz Shupian~ Bertemu dengan dua ustaz ini, saya tidak pernah kering gusi. Syukran ustaz, atas doa yang diiringkan buat ana, asifah ye, kalau ada kata & gurauan yang menyinggung perasaan, Syukran ustaz! 😉

Aisyah madehah~ Sahabat, terima kasih. Walau lama tidak bersua muka, namun bila bersama, terasa seperti suatu waktu dahulu, ketika kita berkongsi banyak perkara. Terima kasih (: Untuk final ni, ma’attaufiq wannajah wama’a nasrillah, k? study smart~ insyaAllah moga kejayaan yang cemerlang menjadi milikmu! (: Tentang masalah yang awak hadapi, saya doakan moga segalanya selesai dengan segera, insyaAllah~ jangan ulang kesilapan & kekurangan saya dahulu, k? 😉

Teman-teman & adik-adik Jabatan  serta Persatuan Pelajar Bahasa Arab & Tamadun Islam~ Bangkit k? Cukup-cukuplah tu tidur lena, masa untuk bangun daripada mimpi lena dah tiba. Ingat, yang penting perubahan pada diri, dan tiada apa yang mengubah diri antum, andai antum tidak mahu memulakan perubahan tersebut. Usaha, ikhtiar, iringi jua ia dengan doa, kerana Allah jua yang Berkuasa memberi hidayah kepada manusia, mengubah hati manusia. Pelihara akhlak diri, ingat~ hormati ustaz/ustazah, jaga hati mereka, jangan sampai hati mereka tercalar, jangan sampai redha mereka akan ilmu yang diberi terhijab hanya kerana kelakuan antum! Ana doakan semoga berjaya semuanya insyaAllah! (:

Warga KIPSAS, yang sempat ana temui, dan yang tidak sempat~ ‘ala kulli hal,ana mengharapkan yang terbaik buat semua. Andai ana tidak sempat menemui kalian, ana minta maaf sangat-sangat, kerana bukan ana tidak mahu berjumpa, namun masa amat mencemburui kita. Bagi teman-teman yang ada terdengar kehadiran ana, tapi tak sempat nak bertemu mata, ana minta maaf sangat! apa pun..ana tetap merindui kalian, jaga diri elok-elok, ada kesempatan lain, insyaAllah bertemu eh (:

Ehemm..rasanya, dah terlalu banyak berceloteh untuk nukilan kali ini. Hingga di lain kesempatan. Allah Hafiz! (:

Cerita si burung (:

Bismillah walhamdulillah…

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera, insyaAllah~ sihat iman, sihat badan, biizniHi (=

Hari ini..insyaAllah, saya akan berkongsi tentang makhluk Allah bernama ‘burung’~

Rasulullah s.a.w bersabda:-

Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya”

Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih

Melihat, merenung, mencari ‘ibrah…

Kita semua mesti perasan kan~ burung adalah makhluk Allah yang keluar di pagi hari, pulang kala senja. Keluar di pagi hari dalam keadaan kosong perutnya, keluar- terbang tinggi membelah langit, mencari rezeki, berbekalkan tawakkal kepada Allah, diiringi keyakinan bahawa rezeki baginya ada pada hari itu. Pabila senja tiba, burung-burung ini akan pulang ke sarang masing-masing, dan esoknya rutin kehidupan berjalan seperti biasa.

Kisah menarik tentang burung dalam kehidupan saya sekeluarga…

Luar rumah saya sebenarnya dipenuhi dengan pokok-pokok. Ayah dan ibu minat sangat dengan pokok, jadi~ sepanjang ruang luar rumah kami, ada banyak pokok yang menghijau, =)

Selama menetap di rumah ini selama lebih kurang 16 tahun (kalau tak silap saya la ^^), berkali-kali sebenarnya, ada burung (selalunya jenis burung pericit madu-  yang badannya warna kuning, paruhnya agak panjang, dan mempunyai suara ‘cit-cit’ yang nyaring dan merdu ;D ) yang menumpang di celah-celah pokok ini untuk membuat sarang. Sarang burung ini, digunakan untuk melindungi telur-telur burung yang belum menetas, menjadi rumah mereka~ sebelum nanti telur-telur itu menetas, dan anak-anak burung ini pandai terbang tinggi! (“,)

Dan baru-baru ini, burung pericit buat lagi sarang di luar rumah kami! Saya dan ahli keluarga yang lain, amat teruja! (: Kadang-kadang..terganggu juga. bila ayah burung, ibu burung dan 2 anaknya riang berkicauan~ almaklumlah, 2 ekor anak burung baru belajar terbang. Seronok tengok gelagat mereka…Teruja, insaf..melihat betapa seekor burung pun, berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk terbang tinggi, tanpa kenal putus asa. Walaupun, menurut cerita ibu dan adik, anak burung ini tadi jatuh atas lantai, lepas tu hampir-hampir jatuh ke bawah tingkat satu (rumah saya kan tingkat 13 😉 ), sebab hampir tak dapat imbang badan.

Sedangkan burung tak kenal putus asa- berusaha, apa lagi kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?

Yang sebenarnya..saya kagum dengan burung ni. Bermula dengan persediaan mereka menyediakan sarang untuk anak-anak mereka, ( sarang ni..masyaAllah, mula-mula sedikit, lama-lama baru siap), sehingga telur-telur itu menetas, kemudian menunggu anak-anak ini sendiri besar sedikit, seterusnya mengajar anak-anak mereka terbang..dan.. Off we go~ fly high in the sky! (“,)

Nampak pokok tinggi mencecah siling tu? awal-awal dulu, burung pericit ni buat sarangnya di atas sana... (:

Nampak kan..ada baki sarang burung kat situ? (:

Satu hari..Jumaat yang lepas, sarang burung itu terjatuh di sudut ini...

Masa sarang tu jatuh, saya, ibu dan adik, tiada seorang pun yang berani angkat, *hee*, tapi alhamdulillah~ jiran kami angkatkan, dan sangkutkan di sana tu.. ^^

Anak burung..comel kan? (:

Tadi ayah check burung-burung ni ada lagi tak kat sarang, sedih la pulak, dah tiada lagi. Mungkin dah pandai terbang jauh kot~ berhijrah ke tempat lain.. 😀

Apa-apa pun, semoga anak-anak burung ni terbang membelah awan biru dengan selamat dan jayanya. Harapnya kami sekeluarga jadi tuan rumah yang baik ye..burung-burung (: Semoga berjumpa lagi… 😉