~Sebulan telah berlalu~

Bismillah walhamdulillah,

Selawat dan salam buat Rasulillah

Moga kesejahteraan menjadi milikku, dan milikmu…

Alhamdulillah, segala puji itu hanya selayaknya ku panjatkan, buat Allah, Yang Maha Memberi, Yang Maha Memiliki. Segala pujian buatNya, kerana rahmah, dan iradahNya jua, daku masih bernafas saat ini, menikmati nikmat Iman & Islam~ dua nikmat yang tiada ganti. Thank You Allah~ for I’m nothing without YOU (:

Sebulan telah berlalu, sejak kali terakhir daku mencoretkan kata di laman ini. Heee, bukannya tiada masa, itu alasan paling tak munasabah, kalau diberi, kan? kan? ;p Bukan juga kerana tiada apa untuk dikongsikan bersama. Tapi…bila hati tidak mahu menulis, saya pasti tidak akan menulis, kerana bagi saya, Yang ditulis dari hati, akan sampai ke hati. Jadi, untuk mengelakkan saya hanya menulis tanpa memberi~ adalah lebih baik saya diam, kan? (: Rasulullah pun ada pesan, Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah berkata yang baik-baik sahaja, kalau tiada yang baik-baik, eloklah diam (:

Sebulan yang telah berlalu¬

SEBULAN¬ 30 HARI¬ masa yang lama, cukup lama. Dan sepanjang 30 hari ini, Banyak sangat nikmat Allah, tidak terhitung  banyaknya, yang telah dikurniakan buat diri ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Walau saya banyak buat dosa,

walau saya selalu tersilap langkah dan bicara,

walau saya sering kali alpa, lupa,

tapi Dia tidak pernah tinggalkan saya

Tidak pernah walau sekali meninggalkan saya..

Terima kasih Ya Allah (:

30 hari yang telah berlalu juga adalah hari-hari yang, sejujurnya, cukup menguji keimanan, kekuatan, ketabahan. Allah betul-betul uji, mungkin nak lihat macam mana saya menghadap ujian. Bagaimana reaksi saya. Sejauh mana saya benar-benar meyakini bahawa apa jua yang berlaku, adalah takdir dariNya. Takdir itu pasti mengatasi tadbir. Manusia merancang, tapi yang menentukan terjadinya sesuatu itu mengikut perancangan kita atau sebaliknya, adalah dengan kehendak Allah.

Secara fizikalnya, insyaAllah memang ok. Allah tidak menguji saya dengan kesakitan. Fizikal saya alhamdulillah sihat selama 30 hari ini. Tapi saya, secara emosinya…itulah yang menguji daya ketahanan.

Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakanku ujian

kerana ujian itu, petanda diri ini masih disayangi

petanda yang Allah nak didik daku sebagai hamba secara langsung,

ujian, sebab Allah nak bagi kekuatan.

Kalau tak diuji, dari mana nak dapat kekuatan, kan?

Terima kasih Ya Allah¬

kerana menganugerahkanku keluarga yang memahami

ayah yang sering memberi sokongan

ibu yang tidak pernah lupa mendoakan

adik yang tidak jemu mendengar, memberi semangat, mengingatkan harapan dan impian,

Sahabat, yang walaupun dia berada jauh di bumi Kinanah

namun kata-katanya, semangatnya,

membuatkan diri yang hampir jatuh

kembali bangkit¬ tidak gentar lagi.

Ustazah-ustazah, sahabat handai lain yang turut sama mendoakan

Kini ku berdiri lagi, berlari,

Terus melangkah lebih jauh lagi¬

Cerita duka saya sepanjang bulan ini, rasanya biarlah Allah menjadi saksi, dan biarlah ia menjadi cerita yang dikongsi bersama keluarga dan mereka yang dipercayai.

Yang ingin dikongsikan di sini…

Sabar adalah kunci,

dan sentiasalah berkeyakinan bahawa

Allah ada sediakan sesuatu yang lebih baik buat kita

ada hikmah, di sebalik segalanya (:

Kita sebagai hamba, memohon daripada Allah apa yang kita Mahu. Tapi ketahuilah, Allah beri kita, apa yang kita PERLU ^^

It’s amazing, how Allah gave me the strength to endure everything I had to go through these past few weeks, thank You Allah, for I’m nothing without YOU (:

Advertisements

Fatrah Imtihan

Bismillah walhamdulillah…

Ya, saya akan menlalui fatrah imtihan selama dua minggu akan datang. Doakan saya ye semua..dan dalam masa dua minggu saya tidak akan update blog ni, kot..hehe, (*perasan ramai yang baca blog saya-hehe*)

 

Jadinya..jadal imtihan saya untuk 6 maaddah semester ni adalah seperti berikut:

02.11.2009-Isnin: Pengajian al-Hadith

06.11.2009-Jumaat:  Tamadun Islam Era Kegemilangan

07.11.2009- Sabtu: Al-Nahw al-Wazifiy

10.11.2009-Selasa: Pembangunan Islam di Malaysia

12.11.2009-Khamis:  Fiqh al-Lughah wa al-Ma’ajim al-‘Arabiyyah

13.11.2009-Jumaat: Sumbangan Tamadun Islam terhadap Tamdun Dunia

 

Saya azam peperiksaan kali ni, saya nak buat yang terbaik- walaupun carry mark saya bagi sesetengah subjek, terutamanya untuk subjek tamadun- agak menurun sedikit prestasinya. Rabbi Yassir walaa Tu’assir =)

 

Dan nak kongsi dengan semua..alhamdulillah saya telah menghantar tesis saya untuk dijilid, semalam..alhamdulillah! Dan saya secara rasminya telah menyerahkan jawatan kepada Jawatankuasa Baru- Persatuan Pelajar Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam- alhamdulillah!

 

Jadi untuk semua- jua diri saya sendiri, saya ucapkan selamat maju jaya! Moga kejayaan menyebelahi, dan moga ilmu yang ada itu dimanfaatkan sebaiknya, insyaAllah =)

 

Ma’attaufiq wannajah wama’a nasrillah 🙂

3044465535_d0926fa13c_o

Mintalah sheikh takwil mimpi tu..ana hanya harap yg terbaik..