ESQ Training

Bismillah walhamdulillah..

Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,

serta ahli keluarga Baginda,

Moga kesejahteraan dan redha Allah menjadi milikku, kedua ibu bapaku, adikku, ahli keluargaku, teman-temanku, guru-guruku serta ikhwan akhawatku seluruh dunia,

InsyaAllah..

Alhamdulillah, segala puji-pujian itu selayaknya hanyalah milik Allah. Petang semalam alhamdulillah 4 helaian al-Quran telah berjaya saya talaqqi ia dengan Ustaz, dan sedikit sebanyak mula berazam untuk membiasakan diri, menguasai ilmu baru, bila tiba-tiba sahaja Ustaz kata-

‘Nadiah-baca dengan bacaan Qolun’

🙂 Mula-mula tu, cuak + debar. Apa taknya, saya ni belajar qiraat sikit-sikit je. Mana tak faham, bertanya pada Ustaz. Tapi tulah..salah sendiri, sebab tak latih, padan muka!, bila disuruh baca, mula terkial-kial! Jadi kesimpulannya, azam saya mulai hari ini, nak praktikkan dalam bacaan, saya tak nak hanya pandai teori, tapi praktikalnya, – 0, zero, sifir. Kita mulakan, sehari satu dua ayat, lama sikit bolehlah perlahan-lahan upgrade, kan?

ESQ Training- ESQ Way 165

Adik saya, semalam, alhamdulillah telah selesai menjalani ESQ training sesi pertama, selepas maghrib. ESQ Training yang menumpukan kecemerlangan Emosi dan Spiritual ini, telah dibiayai khas oleh Madrasah al-Junied al-Islamiah buat putera puterinya di marhalah pre-u 2. Kebetulan, ibu bapa dijemput juga untuk menyaksikan sendiri training yang telah dijalani adik-adik pre-u 2 ini.

Kerana ayah tidak dapat ikut, maka saya dengan rela hatinya memenuhi permintaan ibu untuk pergi bersama beliau. Masya Allah! Walaupun hanya tidak sampai sejam bersama-sama mereka, mendengar, mengalami, merasai sendiri kehebatan program ini, saya amat yakin, program ini mempunyai 1001 manfaatnya. Asasnya mudah- 1 nilai ihsan, 6 rukun Iman, dan 5 rukun Islam (ESQ Way 165). Dan saya yang duduk di dalam maktabah (tempat program dijalankan) tanpa melihat visual, hanya mendengar soundtrack sahaja sudah tersentuh hati, sudah terkesan dengan kata-kata yang dilafazkan trainer ESQ yang cukup bertauliah. Mendengar trainer yang melafazkan kata-katanya dengan gaya penuh semangat, hikmah dan berhemah, Allah~ semuanya menembusi hati, memecahkan tembok-tembok ego, kesombongan, dan membuka ruang kesedaran, memberi satu ‘tamparan’ hebat pada jiwa yang mendengarnya dengan mata hati. Saya yakin, adik serta teman-teman telah banyak mendapat manfaat daripada sesi ini, dan akan terus mendapatkannya nanti, hari ini- InsyaAllah.

Jujurnya, saya cemburu kerana adik berkesempatan menghadiri program sebaik ini- percuma pulak tu! 🙂 *Adik, nanti hari ni habis training kena share lagi taw dengan akak, k? ;)*

Telah sediakah kamu menghadap Allah? Isitghfarlah! Berdoalah bersungguh-sungguh, moga air matamu menjadi air yang memadam bahangnya api neraka!

Buat adik dan teman-teman, selamat menjalani sesi kedua ye esok! Allah Hafiz! 😀

Epilog hati saat ini:-

Ya Allah permudahkanlah urusanku..moga lidah ini tidak salah menyampaikan ilmuMu, menjalankan amanahMu. Moga hidayahMu, redhaMu sentiasa hadir di dalam hati ini, serta mereka yang berada di sekelilingku. Allahumma Ameen! 🙂

Oh ya, sebelum saya akhiri perkongsian hari ini, saya nak kongsi kata-kata yang saya baca dari blog saudara Hilal Asyraf :

Ketahuilah, sahabat adalah orang yang sanggup terjun ke neraka sekiranya kamu jatuh ke dalamnya. Sahabat adalah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat adalah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tiada mengharapkan apa-apa dalam perhubungan kamu selain redha ALLAH. Ringkasnya, sahabat adalah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu dengan ALLAH dan RasulNya”


Maka ingatlah dengan baik, asas ukhuwwah adalah keimanan, maka ukhuwwah itu akan memandu kamu kepada ALLAH, kerana kita ukhuwwah kita bergantungan pada tali-taliNya. Kita tidak sesekali boleh bercerai dan berpisah darinya. Berpecah darinya bererti kita memecah belahkan hubungan ukhuwwah kita. Sahabat yang baik, adalah sahabat yang membawa kamu mengenal ALLAH”


Nak tahu sesuatu..bila baca kata-kata ni, saya rindu sahabat saya, Nurulhuda, dan saya rindu semua ustazah-ustazah saya di KIPSAS 😦 saya teringat pada mereka..Ya Rabb, pelihara kami semua, dan moga Kau panjangkan uhkuwwah ini sehingga ke syurga, Ameen!