Jerayawara bersama Ustaz Hasrizal

Jangan lepaskan peluang raih ilmu daripada Ustaz Hasrizal (:

Advertisements

Parable of the Pencil

The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box.

“There are 5 things you need to know,” he told the pencil, “Before I send you out into the world.

Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be.”

One: “You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in someone’s hand.”

Two: “You will experience a painful sharpening from time to time, but you’ll need it to become a better pencil.”

Three: “You will be able to correct any mistakes you might make.”

Four: “The most important part of you will always be what’s inside.”

And Five: “On every surface you are used on, you must leave your mark. No matter what the condition, you must continue to write.”
The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.

Now replacing the place of the pencil with you. Always remember them and never forget, and you will become the best person you can be.

One: “You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in God’s hand. And allow other human beings to access you for the many gifts you possess.”

Two:“You will experience a painful sharpening from time to time, by going through various problems in life, but you’ll need it to become a stronger person.”

Three: “You will be able to correct any mistakes you might make.”

Four: “The most important part of you will always be what’s on the inside.”

And Five: “On every surface you walk through, you must leave your mark. No matter what the situation, you must continue to do your duties.”

Allow this parable on the pencil to encourage you to know that you are a special person and onlyyou can fulfill the purpose to which you were born to accomplish.

Never allow yourself to get discouraged and think that


your life is insignificant and cannot make a change.



Kekuatan sebenar

“Apabila kita membina hati kita, kekuatan yang sebenar itu akan datang.”

“Kekuatan 313 orang yang menewaskan 1000 orang, kekuatan 1000 orang yang menandingi kekuatan 3000 orang. Kekuatan 3000 orang yang menandingi 10,000 orang”

“Itu adalah angka-angka pejuang Islam dan tentera kaum musyrikin dalam pertempuran Badar, Uhud dan Khandaq”

~Hilal Asyraf. 2000. VT. Petaling Jaya, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. M/s: 84.~

3 MAC 1924- Jatuhnya Khilafah Islamiyyah

Bismillah walhamdulillah. Saya beru sahaja tersedar..hari ini, 3 Mac 2010. 68 tahun lalu, umat Islam kehilangan ‘sesuatu’ yang amat berharga- itulah dia KHILAFAH ISLAMIYYAH. Di sini, suka saya kongsikan bersama, kerja kursus yang telah saya siapkan, bersama dua orang lagi kawan saya, sewaktu semester 7 yang lalu. Semoga ada manfaatnya, InsyaAllah..Hafizanallah..

Hasil Kerjasama:

AIN’NATUN NADRAH BINTE ABDUL HAMID
NADIAH BINTE HARON
RAJA NORI RODAH BINTI RAJA AHMAD

Di bawah bimbingan:

Ustazah Norahida Binte Mohamed

TAMADUN ISLAM ERA KEGEMILANGAN

Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

SEMESTER VII TAHUN III

2009/2010

**********************************************************

1.0 PENGENALAN

Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Khilafah Islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam yang amat menggerunkan pihak barat. Khalifah sebagai pemimpin umat Islam serta pengganti Rasulullah bagi mentadbir dan memerintah negara Islam, merupakan ketua bagi umat Islam secara keseluruhannya.

Namun begitu, kerajaan Islam, setelah beberapa abad ia mempunyai kuasa, sehingga dua pertiga dunia berada di dalam genggamannya, secara rasminya dibubarkan pada 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H oleh seorang pengkhianat, Mustafa Kemal Atartuk. Kerajaan Islam terakhir yang mampu bertahan sehingga jatuhnya Khilafah Islamiyyah ini adalah Kerajaan Uthmaniyyah.


2. MUSTAFA KEMAL ATARTUK

Mustafa Kemal Atartuk merupakan dalang dan pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan pembubaran Khilafah Islamiyyah khususnya. Mustafa dilahirkan di Salonica pada 12 Mac 1881. Salonica merupakan kota orang Yahudi yang mempunyai penduduk seramai 140 000 orang. 20 000 daripada mereka merupakan orang Yahudi Aldunama, iaitu kaum Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam.

2.1 KEPERIBADIANNYA

Sewaktu kecil, Mustafa Kemal Atartuk sangat dibendi dan disisihkan oleh teman-temannya. Beliau sering bertengkar dengan duru, dan sentiasa akan merasa senang jika beliau berjaya menyakiti seseorang. Beliau juga disifatkan mempunyai perangai yang lebih teruk daripada binatang. Beliau bukan seorang yang berperikemanusiaan, sentiasa menunjukkan kesombongan diri, sering bergelumang dengan maksiat, menjadikan arak dan judi itu sebagai makanan hariannya. Beliau juga sangat membenci bangsa Arab.

2.2 PENDIDIKANNYA

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Fatimah, yang merupakan sebuah sekolah agama yang masyhur. Namun kerana ayahnya amat membenci syeikh-syeikh agama, Mustafa telah dipindahkan ke sekolah lain yang berdasarkan sukatan pelajaran Barat dalam pendidikannya. Pada usia dua belas tahun, beliau telah menyertai sebuah sekolah tentera di Salonica. Di sinilah guru-gurunya menggelarkannya dengan nama ‘Kemal’ yang bererti bijak dalam pelajaran dan matematik.

Pada tahun 1985, sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah menyertai Sekolah Tentera Monaster dan pada 1989, beliau menyertai Sekolah Tentera Istanbul. Di sini beliau mula bergiat dalam bidang politik dan menyertai gerakan-gerakan rahsia. Pada tahun 1902 pula mendapatkan pendidikan di Akademi Staf Komando Militer dan lulus pada tahun 1905.

Mustafa Kemal Atartuk merupakan militer Turki yang telah membuat konspirasi dengan pihak Barat, untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah dan menjadikan Turki sebuah republic yang mengamalkan dasar sekular. Dia meninggal dunia pada Khamis, 10 November 1938, kerana menghidapi pelbagai penyakit, dia antaranya Sirosis Hepatis kerana pengambilan alkohol yang banyak, penyakit kelamin (GO) serta beberapa penyakit lain yang memeritkan.

3. PERISTIWA-PERISTIWA SEBELUM KEJATUHAN KHILAFAH

Rentetan daripada peristiwa terlibatnya Kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama yang telah banyak menyumbang kepada kejatuahn kerajaan ini, banyak peristiwa yang telah berlaku sebelum kejatuhan Khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924M.

3.1 Peperangan Yunani-Turki

Peperangan di antara tentera Yunani dan tentera Mustafa Kemal Atartuk ini merupakan peperangan yang telah lama diatur. Negara-negara bersekutu telah pergi berjumpa dengan perdana menteri Yunani, Venizelos, dan menyatakan sokongan mereka agar Yunani menjalankan misi menjatuhkan Khilafah Islamiyyah. Vinezelos kemudiannya bersetuju setelah mendapat dorongan daripada paderi-paderi, juga setelah menetapkan beberapa syarat seperti penyerahan Konstantinopel kepada Yunani jika kemenangan menyebelahi mereka.

Atas persetujuan ini, Perancis kemudiannya menghantar dua orang wakil ke Turki bagi memaklumkan rancangan Freemasonary kepada Turki. Bantuan dari Perancis berbentuk kelengkapan perang yang cukup untuk 40,000 orang tentera dan bala tentera seramai 8,000 orang dari Syria telah disediakan. Amerika dan Itali terlibat di dalam pembelian dan penjualan senjata, manakala Rusia menampung perbelanjaan pembelian ini.
Pertempuran di antara tentera Yunani dan tentera Turki berlangsung selama beberapa kali, sebelum akhirnya mereka dikalahkan oleh tentera Turki. Serangan pertama pada 10 Julai 1920 menyaksikan pengunduran tentera Turki, manakala pertempuran kedua pada 23 Ogos 1921 juga menyaksikan kekalahan teruk bagi pihak tentera Turki. Namun pada 13 September 1921, peperangan yang berlaku di Saqoria memperlihatkan kekuatan tentera Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atartuk mengalahkan tentera Yunani. Kemengan tentera Turki ini telah memberi keyakinan dan kepercayaan kepada umat Islam akan kepimpinan Mustafa Kemal. Mereka mula menumpukan perhatian kepada beliau dan tidak lagi mempedulikan Khalifah. Sikap ini telah menepati matlamat Freemason dan Barat dalam menjulang nama Mustafa Kemal Atartuk.

3.2 MUKTAMAR LUZAN I

Muktamar ini telah diadakan pada tarikh 28 Oktober 1922M. Muktamat ini membabitkan perwakilan dari Kerajaan Sementara Ankara, serta perwakilan dari Kerajaan Uthmaniyyah, serta negara-negara bersekutu. Jemputan kepada perwakilan Kerajaan Uthmaniyyah adalah sebagai tanda keadilan semata-mata. Di dalam Muktamar ini, tidak dibincangkan mengenai kepentingan bersama, tetapi untuk sebulat suara memutuskan bahawa Turki akan dibentuk menjadi sebuah negara Republik, dan kerajaan Uthmaniyyah akan dihapuskan.

Turki diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah negara Republik pada 17 November 1922 oleh Majlis Kebangsaan Turki di Ankara. Walau bagaimanapun, jawatan khalifah masih lagi dikekalkan, namun atas urusan-urusan yang berkaitan dengan agama sahaja.

3.3 MUKTAMAR LUZAN II

Muktamar Luzan tidak hanya berhenti pada ketika itu, namun ia terus diadakan buat kali kedua, dengan beberapa perancangan sulit yang telah dibincangkan oleh wakil Mustafa Kemal Atartuk iaitu Esmet Inono, dan wakil Negara-negara Bersekutu iaitu Lord Qiruzon. Perancangan sulit yang diadakan adalah seperti berikut:

a. Mustafa Kemal Atartuk hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Turki daripada Islam.

b. Jawatan Khalifah hendaklah dihapuskan.

c. Saki-baki pejuang Islam hendaklah dihapuskan atau dihalau keluar daripada Turki.

d. Gaya hidup Islam hendaklah digantikan dengan gaya hidup barat yang bercanggahan dengan ajaran Islam.

3.4 PERJANJIAN ANTARA ESMUT INONO DAN LORD QIRUZON

Perjanjian ini berlaku lebih kurang lapan bulan selepas Muktamar Luzan II diadakan. Perjanjian yang ditandatangani ini ialah perjanjian bahawa Turki hendaklah membebaskan Qobrus, Syam, Iraw, Al-Jazair, Tunis, Mesir dan Libya daripada pemerintahnnya. Matlamatnya jelas, bahawa Inggeris berhajat untuk meluuaskan jajahannya setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah nanti.

3.5 MUKTAMAR LUZAN 1923M

Muktamar Luzan pada 1923M telah menetapkan beberapa syarat yang wajib diterima Turki. Syarat-syarat tersebut ialah:

a. Pemutusan semua hal yang berkaitan dengan Islam daripada Turki

b. Penghapusan Khalifah untuk selama-lamanya

c. Mengeluarkan Khalifah dan para penyokong Khalifah dan Islam dari negeri Turki, serta mengambil harta Khalifah

d. Mengambil undang-undang sivil menggantikan undang-undang Turki yang lama

3.6 PEMBUBARAN KHILAFAH ISLAMIYYAH-3 MAC 1924M

Setelah lama merancang secara teliti serta mengadakan pakatan-pakatan rahsia, membawa masuk unsur-unsur negatif kepada kerajaan Uthmaniyyah, serta kewujudan individu-individu yang bertalam dua muka, terutamanya Mustafa Kemal Atartuk yang menjadi dalang utama, membawa harapan kepada Barat serta melaksanakan impian mereka untuk menghapuskan Khilafah Islamiyyah yang menjadi nadi kekuatan umat Islam, akhirnya pada 3 Mac 1924, secara rasminya Khilafah Islamiyyah dibubarkan.

Pada tarikh ini juga, selain pembubaran Khilafah Islamiyyah, Mustafa Kemal Atartuk dengan rasminya telah menjalankan beberapa perubahan drastik, antaranya:

a. Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara

b. Menutup mahkamah-mahkamah Syariah

c. Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf

d. Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.

4.0 KESAN KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYYAH KEPADA UMAT ISLAM

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah, secara keseluruhannya memberi kesan yang amat mendalam kepada umat Islam dari pelbagai aspek, semenjak detik kejatuhannya 85 tahun yang lalu, sehingga ke hari ini. Dia antara kesannya adalah terhadap identity umat Islam, agama, sosial, undang-undang, pendidikan, ekonomi, bahasa, kesatuan umat Islam, bahasa dan pemikiran.


4.1 HILANGNYA IDENTITI UMAT ISLAM

Kesan daripada kejatuhan Turki Uthmaniyyah boleh dilihat dari sudut hilangnya identiti umat islam yang mana tiada lagi sistem pemerintahan khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas kerana tiadanya seorang pemerintah yang adil lagi saksama.umat islam tidak lagi mampu mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya kerana tiada pemimpin islam.

Selain itu, umat islam hilang identiti dan maruah sebagai umat islam kerana umat islam mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat.umat islam pada asalnya berada di bawah satu khilafah Islamiyyah. Tidak timbul pada mulanya kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai sistem perundangan dan identiti sendiri. Kedatangan penjajah telah memusnahkan sistem Khilafah islamiyyah dan membahagikan Negara-negara umat islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti bangsa dan sempadan negeri. Maka wujudlah Negara Mesir, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain lagi.

4.2 AGAMA

Dari sudut agama pula ialah Mustafa Kemal Atartuk telah memerintahkan penerjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Turki, sehingga kehilangan makna-maknanya dan cita rasa bahasanya.

Hari cuti umat islam iaitu hari Jumaat pula, ditukarkan kepada hari ahad, menyamai hari cuti mingguan orang kristian. Sambutan hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dihapuskan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman rakyatnya. Kaum muslimin Turki pula dilarang menunaikan Haji. Kalendar barat diambil sebagai ganti kalendar Hijriyyah. Kaum muslimin dipaksa menyerukan azan dengan bahasa Turki. Ini kerana, pernah suatu ketika dia mendengar azan subuh dari masjid berdekatan dengan istananya, maka dia memerintahkan supaya tempat azan tersebut dirobohkan. Umat Islam jiga dipaksa membaca Al-Quran Karim dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa arab.

Selain itu, beliau terus menerus melakukan penghinaan terhadap masjid-masjid dan mengurangkan jumlah para khatib yang mendapat bayaran dari pemerintah sehingga berjumlah hanya 300 khatib. Dia juga memerintahkan pada mereka untuk membicarakan banyak perkara dalam khutbah Jumaat antaranya masalah pertanian, industri, politik dan disertai dengan pujian keatasnya.

4.3 SOSIAL

Dari segi sosial, Umat islam diharamkan memakai Tarbus dan menggantikannya dengan topi. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, yang merupakan simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki muslim. Mustafa Kemal memerintahkan tenteranya supaya membuat tiang gantung di seluruh lapangan yang terdapat di Bandar. Bagi mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut. Kalau dilihat tiang itu digambarkan seolah-olah seperti buaian anak kecil yang mereka pakai bermain pada hari raya.

Pengharaman hijab bagi kaum wanita juga dikuat kuasakan. Kaum wanita diperintahkan untuk menanggalkan hijab. Selain itu pemakaian tudung juga tidak dibenarkan di universiti dan sekolah, manakala kakitangan awam wanita yang memakai tudung dianggap melakukan kesalahan dan disingkirkan dari jawatan.

Dia juga melarang poligami yang memang menentang syariat islam, dan menyamakan persamaan hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita. Pemerintah memaksa wanita keluar dari rumah untuk memegang jawatan kerajaan yang mana dahulunya wanita kebanyakannya berperanan sebagai suri rumahtangga. Pemerintah mendorong diselenggarakan pesta-pesta tari dan drama-drama yang menggabungkan antara lelaki dan perempuan.


4.4 UNDANG-UNDANG

Dari sudut undang-undang pula, Al-Quran tidak lagi dijadikan asas utama dalam pentadbiran negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah s.w.t dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Selain itu, Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil, atas dasar sekularisme, dan kemudian diadoptasi daripada undang-undang Swiss, Itali dan Jerman.

4.5 PENDIDIKAN

Kesan kejatuhan Khilafah dari segi pendidikan pula ialah kebanyakan sekolah agama digantikan dengan sekolah sekualar, yang mengamalkan sistem pendidikan sekular sebagai asas dalam pendidikan negara. Sistem ini bertujuan untuk memisahkan islam dari kehidupan keduniaan manusia. Mereka dengan berani menutup sekolah semua sekolah dan tadika islam dengan alasan keselamatan, yakni bagi mengelakkan tersebarnya fahaman ekstrim. Kanak-kanak pula mula dididik supaya mencontohi masyarakat di negara barat.

Mereka juga membangunkan sekolah yang mengajar Tarian Timur dan Tarian Barat supaya negara Islam terus lena dalam kemunduran melalui hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang melepasi sempadan syara’ dan kewarasan akal yang normal.

4.6 EKONOMI

Ekonomi juga menerima tamparan hebat akibat kejatuahn Khilafah. Ekonomi Islam dihapuskan dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, Kapitalis moden atau globalisasi ekonomidan sebagainya. Bank-bank riba berleluasa dalam negara umat Islam. Penyelenggaraan ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang kebiasaan dalam kehidupan umat islam walaupun islam dengan jelas mengharamkannya. Selain itu perkara yang jelas hukum haramnya seperti arak dan judi diperniagakan dan dijadikan sumber kewangan utama bagi individu dan negara tanpa mengira kesan negatif kepada masyarakat.

4.7 BAHASA

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah tidak sahaja memberi kerosakan dalam bidang pendidikan, bahkan dalam bahasa yang mana mereka telah menggantikan bahasa arab dan bahasa Turki dengan huruf Latin. Dengan cara tersebut, bangsa Turki telah dapat dipisahkan secara keseluruhannya daripada agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak menguasai huruf latin dengan baik pada ketika itu dihukum dengan pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air dan penjara. Selain itu, pengajaran bahasa arab dan bahasa Turki dihapuskan serta penggunaan bahasa arab dalam penulisan dan komunikasi diharamkan.


4.8 PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Kejatuhan Khilafah telah menyebabkan umat islam mula diterapkan dan disogokkan dengan pemikiran sekularisme yang menanam dalam jiwa manusia bahawasanya kemajuan itu hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat. Pemikiran ini amat membahayakan, kerana asas bagi tiap sesuatu itu adalah agama, kerana tanpa agama akan rosaklah segalanya.

5. KESIMPULAN

Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah. Ia merupakan sesuatu yang dianggap Barat sebagai kekuatan dalaman umat Islam, kerana semua umat Islam bersatu dan bernaung di bawah pemerintahan yang satu.

Namun begitu, keagungan Khilafah Islamiyyah yang bertahan selama lebih 1000 tahun lenyap begitu sahaja, dengan kehadiran pihak Barat yang sentiasa mencari peluang menghancurkan umat Islam, serta kehadiran munafik-munafik yang bersifat talam dua muka, membantu Barat dalam usaha menghancurkan Khilafah.

Kesan kejatuhan Khilafah pada hakikatnya masih dirasai oleh umat Islam, dan kita sebagai umat Islam seharusnya sentiasa mengambil pengajaran, memahami kelemahan kita sendiri, dan mencari kekuatan untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah, agar semua umat Islam akan kembali bersatu padu, sama kesatuannya pada zaman Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.

6. BIBILIOGRAFI


1. Abdullah Azzam. 2007. Turki Negara Dua Wajah. Cetakan Pertama.Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.

2. Ali Muhammad Ash-Shalabi. Terjemahan Samson Rahman MA. 2003. Bangkit Dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyyah. Cetakan Pertama. Indonesia: Pustaka Al-Kausar.

3. Dikemaskini oleh H.A.R GIBB d.k.k. 1986. The Encyclopaedia of Islam-New Edition. Jilid I. Leiden,New York: E.J Brill.

4. Malaysian Encyclopedia Research Centre Berhad. 1998. Ensiklopedia Islam. Jilid 7. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur.

5. Nik Azran Muhamed, Mahadi Haji Isa. 2009. Gerakan Freemasonary: Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Hijjaz Record Sdn.Bhd.

6. Norizan Bin Sharif. 2007. Mencari Makna Di Sebalik Krisis Lebanon dan Palestin: Analisis Kritikal Percaturan Politik Amerika dan Kuasa Serantau. Cetakan Pertama. Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Perkongsian- www.ms.langitilahi.com

Dipetik daripada blog saudara Hilal Asyraf

Semoga ada manfaatnya buat semua, insyaAllah

******************************************

Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah. Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya. Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya. Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi. Apakah pandangan anda? Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?

Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.

Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini: “Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA. Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu

Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.

Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.

Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita? Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?

Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.

Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?

Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham” Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.

Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?

Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang? Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu.

Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya.

Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampailah terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.

2. Dia mati.

3. Matahari terbit dari barat.

4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya.Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja. Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

**********************************************

*Rasa terpukul tak bila baca artikel ni? Saya rasa sangat seolah-olah ditampar, sakit. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik, dan sentiasa tidak hanya menyatakan kesalahan, mencemuh dan mencaci- kerana kita, dan kawan-kawan kita juga adalah manusia biasa, yang tidak terlepas daripada membuat apa-apa kesalahan dan kesilapan. Sebarkan kebaikan, cegah kemungkaran, Allah Hafiz..