MemerlukanMu…

Memang, perjuangan harus menghadapi pelbagai rintangan.

Perjuangan harus melewati onak duri dan pelbagai hambatan yang menghadang.

Perjuangan memang harus menempuh pelbagai aral melintang.

Memang, terkadang dalam satu kesempatan kita akan jatuh,

namun di lain kesempatan kita akan kembali.

Terkadang kita memperoleh keberuntungan,

namun di sisi lain kita juga akan menerima kerugian.

Maka di sini saya berwasiat kepada generasi muda untuk tidak terburu-buru dalam semua urusannya.

Kerana orang yang selalu terburu-buru,cenderung melakukan tindakan yang salah.

~Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni~

Advertisements

Aturan Allah itu ‘STYLE’

بسم الله الرحمان الرحيم
أفضل الصلاة وأتم التسليم على أشرف المرسلين
سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

“Aturan Allah itu ‘STYLE’ “

Ini adalah ungkapan yang pernah menjadi mesej peribadi temanku, Rasyidah, di MSN suatu waktu dahulu. Dan sehingga hari ini, sekali lagi saya mengakui kebenaran ungkapan ini.

Mengapa? Kerana uniknya segala yang berlaku pada saya Sabtu lalu =)

Kisahnya bermula PETANG JUMAAT LALU, yang kemudiannya berlarutan sehingga malam hari, bersambung pula pagi Sabtu. Kisah saya yang berada di antara 2 persimpangan. Keliru, memilih yang mana satu.

Ingin menghadiri kelas Talaqqi (rutin biasa setiap Sabtu) yang bermula jam 2 petang.

Atau menghadiri sesi perkongsian: Penulisan Novel & Blog- Penjana Komunikasi Berkesan dan Bermakna, yang merupakan salah satu program bersempena Jerayawara bersama Ustaz Hasrizal. Program ini juga bermula jam 2 petang.

Sungguh, dilemmanya saya di kala itu. Kedua-duanya merupakan perkara penting, menjadi keutamaan bagi saya. Tidak menghadiri Talaqqi- pasti rugi. Masa yang ada perlu digunakan sebaiknya, sebelum Ramadhan ini. Ramadhan kelas tidak akan diadakan, dan selepas itu, peluang untuk hadir ke kelas adalah 50-50.

Tidak menghadiri sesi perkongsian bersama Ustaz Hasrizal pula, jua satu kerugian. Bukan mudah mendapat peluang meraih ilmu dari seorang yang berpengalaman seperti Ustaz Hasrizal. Peluang kala itu andai dilepaskan, entah ada lagi peluang kedua ataupun tidak.

Ilham dari Allah: Kala berada di dalam dilemma pagi itu, segala puji bagi Allah, Dia hadirkan saya fikrah agar saya bertanya kepada Kak Maryam, kalau-kalau ada kelapangan untuk saya bertalaqqi dengan Ustaz pada slot lain. Dengan pertolongan Kak Maryam, alhamdulillah~ Ustaz bagi keizinan, ana boleh bertalaqqi dengan beliau, selepas Maghrib.

Kisah pendek  ini, mungkin bagi yang membacanya, adalah kisah ‘simple’ yang biasa dilalui dalam kehidupan seharian. Namun, bagi saya, kisah ini adalah di antara 1001 kisah kehidupan, yang membuktikan, bahawa segala yang berlaku, adalah di bawah aturanNya, kehendakNya. Bukti kita tidak mengetahui, apa yang ada di hadapan kita, aturanNya buat kita.

Seperti yang selalu diungkapkan ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam buku-buku karangannya:

TAKDIR selalu mengatasi TADBIR

Segala puji bagiNya

Kerana mengilhamkan, memudahkan sebuah perjalanan

Kerana mengizinkan hambaNya yang hina ini

Menggapai secebis harapan

Merasai setitis dari ilmuNya yang tiada tandingan

Benarlah firmanMu, dalam nota cinta al-Quran

” Sesungguhnya urusanNya, apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu” (Yasin:82)

Thank You Allah!~ (: . Tanpa keizinan dariMu, saya pasti tidak dapat meraih ilmu & manfaat sepanjang dua hari lalu, thank You Allah =)

Ku yakini..pasti ada busyra~

Ampunkan daku,

Ya Rabbi,

andai kelakuanku mencerminkan

tidak sabarnya aku melalui ujian ini.


Ampunkan daku,

Ya Rahman,

andai ada keluhan

yang zahir lewat hati ini


Ampunkan daku,

Ya Rahim,

Ampunkan daku…



DAN ku perlu MENINGATKAN kembali..bahawa setiap yang berlaku, adalah berdasarkan RENCANANYA, tadbir manusia itu pasti diatasi takdir Pencipta,


Dan Ku yakini, ada Busyra menanti~

Sebuah pengalaman berharga (:

بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلم وأفضل التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Semoga semuanya berada di bawah lindungan Allah Ta’ala, Ameen (:


MOOD SEKARANG:

Masih ada berbaki  rasa CEMBURU ni bila meningati, ada di kalangan kawan-kawan yang akan pergi menyambung pengajian mereka dalam masa terdekat ni…

Sedih? Terkadang, perasaan ini hadir jua. Tetapi dengan izinNya, saya berjaya melawan perasaan ini, tidak terikut-ikut sangat dengan perasaan, tidak membiarkan diri terus tenggelam dalam emosi…

Kerana saya terus MEYAKINI bahawa apa yang berlaku, adalah yang PERLU bagi saya melaluinya, ada padanya HIKMAH yang TERSIRAT,

Dan saya YAKIN…ada BUSYRA yang menanti~ Allahumma Ameen (:

Kita tinggalkan dahulu cerita tentang saya,

kerana saya ingin mencoretkan sebuah pengalaman berharga yang dapat saya raih baru-baru ini.

Pengalaman menjadi seorang Fasilitator bagi MUKHAYYAM ‘ARABIY (perkhemahan Bahasa Arab)

Bagi pelajar-pelajar sekolah merupakan pengalaman baru yang, Subhanallah, amat berharga

buat saya yang masih lagi ingin mendalami bahasa indah ini

Mukhayyam ini, adalah anjuran Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah,

diadakan khas, julung-julung kalinya,

buat pelajar Menengah 4 & 5-

Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, Muadzam Shah,

bertempat di Educational Agro Park Resort, Bukit Ibam, Muadzam Shah.

Di bawah bimbingan pensyarah-pensyarah JaBATI,

Ustazah Azlina, Ustazah Norillah, Ustazah Norahida, Ustazah Nurizan, Ustazah Afifah, Ustaz Hanif, Ustaz Shupian dan Ustaz Safuan,

beserta teman-teman fasilitator lain- Kak Saidah, Kak Farah, Zatun, Izzati, Afiqah, Fahmi, Mahathir, Syeikh & Anuar,

Langkah kami mulakan, pada pagi Jumaat, 25 Jun 2010.

Sepanjang program berjalan…terlalu banyak yang saya belajar.

Biarpun kami ini pergi, tanpa apa-apa latihan,

hanya berbekalkan pengetahuan yang serba kekurangan

namun Subhanallah, kerana semangat kami, kerana kerjasama,

kerana keinginan kami untuk memberikan yang terbaik…

Walaupun banyak kekurangan, walaupun pelbagai rintangan yang kami hadapi~

Tiada lain yang membahagiakan,

bila kami melalui pengalaman-pengalaman baru setiap saat,

bila tiap dari kami memainkan peranan masing-masing,

bila tiap dari kami cuba memberikan yang terbaik,

bila melihat adik-adik kami terhibur dengan aktiviti yang dijalankan,

bila mendengar Nasyid Mukhayyam dinyanyikan dengan semangatnya,

bila mendengar mereka sudah mula tidak lagi merasa segan bertutur dalam Bahasa Arab,

bila semangat ukhuuwwah antara kami begitu terasa erat,

bila saat Ustazah Norillah memberitahu kami

“Walau banyak kekurangan, Ustazah rasa kami dah berjaya”

Sungguh…setulus hati, saya bersyukur padaNya

kerana memberi saya dan kawan-kawan peluang

peluang keemasan ini untuk menjayakan program penting ini

Bersyukur sangat, kerana menjadi antara warga kerja

program perintis jabatan ini…

Buat Ustaz Ustazah, teman-teman fasilitator yang lain,

Syukran Jazilan Wa Jazakumullah Khairal Jaza’ =)


(:

Ya Allah…

I’m still trying my very best

not to cry

not to sigh

I’m trying my best

to stay strong

to stay calm

to still smile

For everything that happened

And that will happen

That’s the BEST for me

I’ll endure it

I can overcome it!

ALLAHU AKBAR!

=)


Senyumlah (:

 تبسم
فإن لله
ما أشقاك إلا ليسعدك 
وما أخذ منك إلا ليعطيك 
وما أبكاك إلا ليضحكك 
وما حرمك إلا ليتفضل عليك 
وما ابتلاك .. إلا لأنه يحبك


Senyumlah

Kerana sesungguhnya Allah

Tidak memberimu kesusahan, melainkan untuk menggembirakanmu

Tidak mengambil dari kamu, melainkan untuk memberimu (yang lebih baik)

Tidak membuatmu mengalirkan air mata, melainkan untuk membuatmu tertawa

Tidak mengharamkanmu sesuatu, melainkan untuk mengurniakanmu kemuliaan

Tidak mengujimu melainkan kerana DIA SAYANG KAMU  

*CrEdItS tO HaFiZaH fOr ThE e-MaIl WhIcH MaDe Me SmIlE =)*